26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

Video ‘kafir’ cubaan jahat calar imej, kredibiliti saya – Fadhlina

Mesti Baca

MENTERI Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan fitnah terhadap beliau berhubung penggunaan istilah ‘kafir’ adalah percubaan jahat untuk mencalarkan imej dan kredibilitinya.

Menurut Fadhlina, poster yang memaparkan keratan video beliau sedang berucap dengan kapsyen di luar konteks asal itu sengaja dibuat bagi mencetuskan polemik.

Jelasnya, beliau hanya tidak membenarkan anak-anaknya menyebut istilah ‘kafir’ yang menjurus kepada kebencian terhadap bukan muslim, bukan seperti didakwa.

“Isu sebutan ‘kafir’ atau ‘non-muslim’ bukan tindakan saya melarang penggunaan perkataan dalam al-Quran, apatah lagi menafikan istilah yang digunakan dalam al-Quran.

“Ia adalah isu memilih panggilan sesuai dalam kehidupan. Malah, Almarhum Shaykh Dr. Yusuf al-Qaradawi dan Shaykh Prof Dr. Ibrahim al-Hudhud (mantan rektor Universiti Al-Azhar) mengakui panggilan ‘ghayru muslim’ (bukan muslim) digunakan termasuk penggunaan panggilan sosial.

“Pastinya saya sayangkan agama dan prinsip-prinsip Islam merupakan pegangan dalam menjalani kehidupan sehari-hari,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Menjelaskan perkara itu, Fadhlina berkata, dalam konteks sebuah negara bangsa Malaysia hari ini boleh dikategorikan sebagai ‘Dar al-Da’wah’, warga bukan Islam (non-Muslim) juga sesuai disebut sebagai “muwatinun” (warganegara).

Katanya, ini sebagaimana disinggung oleh Dr Fahmi Huwaidi dalam bukunya ‘Muwatinun la Dhimmiyun’.

“Untuk berlaku adil, pastinya saya punya kecintaan yang tinggi kepada kaum Muslimin, namun terus berpegang kepada prinsip keadilan dalam ta’amul sesama insan sesuai dengan prinsip “li ta’arafu”,” katanya.

Semalam, Fadhlina membuat laporan polis dan bakal mengambil tindakan undang-undang susulan penyebaran hantaran berbaur fitnah terhadapnya di laman sosial.

Ia merujuk kepada satu video tular memaparkan Fadhlina yang didakwa menolak penggunaan label kafir ketika berucap dalam satu majlis.

Susulan itu katanya, beliau menerima kata-kata berbaur kebencian, tuduhan tidak benar malah ancaman keselamatan di alam maya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan