26.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Halang Akmal masuk Sabah, Anifah sekadar cari populariti

Mesti Baca

TINDAKAN Tan Sri Anifah Aman yang menyokong cadangan agar Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh dihalang daripada memasuki Sabah adalah tidak masuk akal dan sekadar mahu mencari populariti daripada perjuangan yang mendapat sokongan rakyat majoriti.

Ketua Pemuda UMNO Sabah, Sufian Abd Karim berkata, kenyataan yang dibuat bekas pemimpin UMNO itu seolah-olah berselindung di sebalik kehendak pihak-pihak berkepentingan dan bukannya sebagai simpati kepada masyarakat.

“Adakah mempertahankan isu kalimah Allah daripada sebuah syarikat diklasifikasikan sebagai isu perkauman sedangkan ianya wajib bagi mereka yang beragama Islam mempertahankannya?

“Adakah tindakan yang dilakukan oleh Dr. Akmal bagi memboikot sebuah pasar raya yang ternyata menyinggung perasaan umat Islam di Malaysia sebagai sebuah kesalahan jenayah?,” soalnya menerusi satu kenyataan hari ini.

Semalam, Anifah bersetuju dengan cadangan sekiranya individu yang boleh mencetuskan perpecahan dalam masyarakat dilarang masuk ke Sabah.

Beliau yang juga bekas Menteri Luar menegaskan bahawa tiada tolak ansur kepada individu yang boleh menyebabkan perpecahan dalam negara.

“Mungkin ini cadangan yang baik, sebab apa saja yang boleh menyebabkan perpecahan kaum, kita tidak boleh bertoleransi mengenainya,” katanya seperti dilapor media.

Sufian berkata, kehadiran Dr Akmal yang juga ADUN Merlimau ke Sabah tempoh hari diberi sambutan baik oleh rakyat negeri itu malah tiada sebarang kekecohan berlaku.

Advertisements

Malahan jelas beliau, Dr Akmal telah melantik seorang pemuda Murat bukan beragama Islam sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Sabah sekali gus membuktikan dakwaan Anifah bahawa pemimpin tersebut pencetus perpecahan adalah tidak benar.

“Bagaimana Tan Sri boleh menuduh parti yang pernah mengangkat Tan Sri sehingga berada di puncak satu ketika dahulu sebagai parti perkauman walhal Tan Sri sendiri tahu ahli dan pimpinan UMNO terdiri daripada berbilang kaum termasuk yang bukan beragama Islam.

“Tan Sri sepatutnya lebih tahu tentang prinsip perjuangan parti yang pernah didokong oleh Tan Sri sendiri, atau sebenarnya prinsip sebenar UMNO itu telah lupus sepenuhnya dari jiwa Tan Sri?,” katanya.

Justeru, beliau percaya rakyat Sabah kini lebih matang dalam menilai isu perkauman dengan isu mempertahankan agama, termasuklah isu politik murahan.

Kelmarin Dr Akmal ditahan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu bagi menghadiri satu program di Beauford.

Penahanan beliau dipercayai ada kaitan dengan isu kalimah Allah pada stoking yang diperjuangkan beliau.

Bagaimanapun beliau dibebaskan selepas polis mengambil keterangan selama empat jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan