27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Dua beranak, warga Indonesia didakwa perdagang wanita

Mesti Baca

IBU dan anak lelaki bersama seorang wanita warga Indonesia dihadapkan ke Mahkamah Majistret Johor Bahru atas dua pertuduhan memperdagang dua wanita bagi tujuan eksploitasi seks, bulan lalu.

Lu Yon Moi, 65; Tin Chee Keng, 42, dan Nurul Hasanah, 26, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret A Shaarmini. Tiada pengakuan direkodkan daripada mereka.

Berdasarkan pertuduhan pertama, ketiga-tiga mereka secara bersama telah memperdagang seorang wanita Indonesia berusia 25 tahun bagi maksud eksploitasi seks dengan cara perdayaan.

Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di Kampung Baru Masai, Pasir Gudang pada 9 malam antara 17 hingga 20 Mac.

Ketiga-tiga mereka turut dituduh melakukan perbuatan sama ke atas seorang wanita tempatan berusia 29 tahun di sebuah kedai urut dalam kawasan Seri Alam, 3 petang, antara 14 hingga 19 Mac.

Advertisements

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 12 Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007 yang boleh dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh didenda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya R Kodesviary memohon jaminan ditetapkan RM30,000 setiap seorang, namun ketiga-tiga tertuduh diwakili peguam Baharudin Baharim memohon jaminan minimum.

Mahkamah menetapkan ikat jamin RM20,000 setiap seorang dengan dua penjamin untuk Lu dan Tin, manakala Nurul Hasanah dibenarkan diikat jamin RM30,000 dengan dua penjamin.

Mereka juga diarah menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah dan 8 Mei ditetapkan untuk sebutan semula kes. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan