31.8 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Kalimah Allah pada tapak kasut: Akmal tuntut penjelasan Vern’s

Mesti Baca

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh menuntut penjelasan daripada pengeluar kasut tempatan, Vern’s berhubung corak mirip kalimah Allah pada tapak kasut keluarannya.

Beliau memberi tempoh 24 jam kepada syarikat terbabit untuk menjelaskan corak pada kasut, sebelum sebarang tindakan diambil.

ADUN Merlimau itu berkata, beliau menerima pesanan berhubung isu kalimah Allah pada tapak kasut tersebut tetapi enggan terbur-buru bertindak.

“Marah memang marah bila terdengar perkara sedemikian, tetapi saya menenangkan diri untuk melihat apakah situasi yang sebenarnya berlaku.

“Apabila saya lihat semula, saya mencari sebanyak mana maklumat mengenai logo di tapak kasut sedemikian

“Dan saya terbaca satu posting yang memaklumkan ia adalah logo seperti sebuah kasut tumit tinggi dengan talinya sekali dan begitu juga dari pemandangan mata saya.

“Ada logiknya di situ tetapi apa sekalipun kita mendesak satu penjelasan yang segera dari pihak syarikat Vern’s mengenai isu ini,” katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Advertisements

Sebelum ini, pasangan suami isteri terkejut apabila mendapati sepasang kasut jenama tempatan yang dibeli bagi persiapan hari raya didakwa mengandungi corak mirip kalimah Allah pada tapak kasut tersebut.

Pasangan tersebut menerusi satu rakaman video mendakwa, kasut tersebut dibeli di sebuah pasar raya di Kuantan, Pahang pada 31 Mac lalu tetapi baru tergerak untuk memeriksanya hari ini.

Bagaimanapun, katanya, selepas diteliti ternyata corak pada bahagian tapak kasut tersebut dengan jelas tertera kalimah Allah.

Dr Akmal berkata, umat Islam di Malaysia bukan bertindak sembrono tanpa usul perikaa sebaliknya bersangka baik terlebih dahulu sehingga penjelasan daripada pihak berkenaan.

“Jika tiada penjelasan dari pihak kamu dalam tempoh 24jam, maka jangan salahkan kami jika boikot terhadap produk kamu pula selepas ini,” katanya.

Dr Akmal sebelum ini menggerakkan kempen memboikot KK Mart selepas rangkaian kedai serbaneka itu menjual stoking tertera kalimah Allah di salah satu premis perniagaannya di Bandar Sunway. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan