27 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Amir Hamzah ketuai delegasi Malaysia ke mesyuarat IMF, WBG

Mesti Baca

MENTERI Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan mengetuai delegasi Malaysia ke Mesyuarat Musim Bunga Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Kumpulan Bank Dunia (WBG) 2024 di Washington DC, Amerika Syarikat dari 17 April hingga 19 April ini.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan berkata, mesyuarat tersebut merupakan platform untuk membincangkan hal ehwal berkaitan hubungan dua hala dan pelbagai hala di antara Malaysia dengan WBG dan IMF serta negara-negara anggota yang lain.

Katanya, negara-negara anggota juga akan berkongsi pendapat berhubung pelaksanaan strategi dan dasar negara masing-masing dalam menangani isu-isu semasa ekonomi dan kewangan global dalam sidang plenari dan sesi perbincangan semasa Mesyuarat Mengenai Persefahaman Tindakan Iklim Menteri Menteri Kewangan (CFMCA).

“Bagi menyambut usaha tindakan perubahan iklim global, Malaysia menyasarkan untuk mencapai keseimbangan melalui pelaksanaan mekanisme penetapan harga bahan api yang bersesuaian dalam mendorong kepada penggunaan tenaga yang lebih cekap dan peralihan kepada tenaga boleh baharu; tetapi pada masa yang sama mengambil kira impak sosio-ekonomi terhadap rakyatnya.

“Pendekatan ini sejajar dengan komitmen Malaysia untuk mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan menggalakkan amalan lestari tanpa membebankan rakyatnya,” kata Amir Hamzah dalam kenyataan tersebut.

Advertisements

Pada sela-sela Mesyuarat Musim Bunga itu, Amir Hamzah turut mengadakan sesi libat urus dengan agensi-agensi penarafan kredit (CRA) antaranya JP Morgan, Standard and Poors (S&P), Moody’s dan Fitch.

Selain itu, beliau turut berkongsi dan bertukar pandangan dengan ketua delegasi daripada negara-negara anggota yang lain berkenaan perkembangan ekonomi negara dan global melalui mesyuarat-mesyuarat dua hala yang telah dijadualkan.

Beliau mengadakan perjumpaan dengan pegawai kanan IMF dan WBG untuk membincangkan hala tuju program dan aktiviti yang dilaksanakan di bawah kerjasama Malaysia dengan IMF dan WBG.

Kenyataan itu berkata, penyertaan Malaysia dalam Mesyuarat Musim Bunga IMF dan WBG ini penting sejajar dengan komitmen berterusan negara dalam usaha menggiatkan pertumbuhan secara bersama, khususnya dalam perkembangan ekonomi serantau dan global. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan