24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Tempoh sah laku Kad Perakuan Media hanya 6 bulan

Mesti Baca

TEMPOH sah laku Kad Perakuan Media (KPM) bagi pengamal media yang berkhidmat dengan media dalam talian hanya untuk tempoh enam bulan sahaja.

Jabatan Penerangan Malaysia (Japen) berkata, ia bagi media-media dalam talian yang baharu mendaftar dengan jabatan tersebut.

“Tempoh ini untuk memastikan media dalam talian tersebut beroperasi secara aktif, sahih dan tidak menyebarkan maklumat palsu (disinformation).

“Selepas itu, tempoh kelulusan yang diberikan adalah sama seperti kategori-kategori lain,” kata Japen dalam kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, tempoh sah laku KPM bagi pengamal media antarabangsa warganegara Malaysia pula ditambah kepada dua tahun berbanding hanya setahun sebelum ini.

Manakala bagi pengamal media rasmi kerajaan, media tempatan termasuk media dalam talian pula diberikan sah laku sehingg dua tahun.

Advertisements

Sementara itu, pengamal media yang mempunyai kontrak secara tahunan dengan agensi media seperti stringer pula diberi tempoh setahun dan perlu memperbaharui kontrak setiap tahun.

Kenyataan itu berkata, tempohsah laku tersebut akan berkuatkuasa serta-merta mulai hari ini.

Katanya, pemegang KPM Japen yang mempunyai tempoh sah laku masih aktif boleh membuat permohonan memperbaharui selepas tamat tempoh KPM masing-masing.

“Semua permohonan pendaftaran agensi media baharu dan permohonan KPM yang lain adalah tertakluk kepada tempoh sah laku KPM yang baru ditetapkan seperti di atas.

“Garis panduan yang telah ditetapkan melalui pautan Soalan Lazim di https://emedia.penerangan.gov.my/ masih berkuatkuasa dan tertakluk kepada semua pemegang KPM Japen,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan