26.8 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

UMS, Unimas kaji penstabilan harga di Sabah, Sarawak, Labuan

Mesti Baca

UNIVERSITI Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) diminta melaksanakan Kajian Penstabilan Harga di Sabah, Sarawak dan Labuan bagi mencari kaedah terbaik untuk menstabilkan harga barang di Malaysia Timur.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) berkata, kajian itu memastikan pelan tindakan yang diambil kerajaan dalam langkah intervensi ke atas penstabilan harga di Sabah, Sarawak dan Labuan berlandaskan data-driven decision making.

KPDN berkata, selain kajian yang dibuat kedua-dua universiti itu, kerajaan juga mendapatkan data-data senario semasa dan trend kedudukan harga barangan negeri-negeri berkenaan daripada Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dan Bahagian Harga Barangan Negara KPDN.

“Kerajaan Persekutuan dan negeri tekal cakna mengenai isu harga barang serta perkhidmatan di Sabah, Sarawak dan Labuan.

“Agenda ini akan digerakkan melalui pendekatan whole of nation approach termasuklah penglibatan secara langsung kerajaan-kerajaan negeri mengambil kira bidang kuasa kerajaan negeri dalam aspek tertentu melibatkan sektor makanan,” katanya KPDN dalam kenyataan hari ini.

Advertisements

Kenyataan itu dikeluarkan sempena Mesyuarat Pertama Jawatankuasa Penstabilan Harga Di Sabah, Sarawak Dan Labuan di Kuala Lumpur hari ini.

Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof. Hadir sama Menteri KPDN, Datuk Armizan Mohd Ali.

Jawatankuasa itu ditubuhkan susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya dikenal pasti pendekatan dan kaedah terbaik dalam memastikan kestabilan harga barangan dan perkhidmatan di Sabah, Sarawak dan Labuan.

KPDN berkata, jawatankuasa itu juga akan memainkan peranan dalam mengenal pasti isu, cabaran dan faktor yang berkaitan dengan masalah harga barangan dan perkhidmatan di ketiga-tiga negeri tersebut.

Katanya, dalam mesyuarat tersebut telah dibincangkan kertas-kertas makluman dan pertimbangan berkenaan situasi pendapatan, perbelanjaan isi rumah dan kadar inflasi serta senario semasa dan trend kedudukan harga barangan di Sabah, Sarawak dan Labuan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan