32.9 C
Kuala Lumpur
Saturday, April 27, 2024

SPR putuskan tarikh PRK Kuala Kubu Baru 4 April

Mesti Baca

SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat pada 4 April ini bagi menentukan tarikh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baru.

Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, pihaknya telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Selangor, Lau Weng San berhubung kekosongan luar jangka kerusi N.06 Kuala Kubu Baharu itu.

Beliau berkata, ia berikutan kematian penyandangnya, mendiang Lee Kee Hiong akibat kanser pada 21 Mac lalu.

“Sebagaimana diperuntukkan di bawah Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor 1959, Bab 5 Fasal (5) Perkara LXX, kekosongan luar jangka tersebut hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan tersebut berlaku dan disahkan oleh SPR.

“Sehubungan itu, satu Mesyuarat Khas Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Negeri N.06 Kuala Kubu Baharu, Selangor akan diadakan pada 4 April 2024 (Khamis),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Advertisements

Ikmalrudin berkata, Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh,

Katanya, tarikh-tarikh penting PRK seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan serta persiapan-persiapan lain bagi melaksanakan pilihan raya tersebut akan dibincang dan diputuskan.

Dalam Pilihan Raya Negeri pada Ogos tahun lalu, Kee Hiong menang dengan majoriti 4,119 undi dalam pertembungan empat penjuru melibatkan calon Perikatan Nasional (PN), Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan MUDA.

Beliau kali pertama mewakili kawasan itu pada 2013 apabila menewaskan Ooi Hui Wen dari MCA dengan majoriti 1,702 undi. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

PRK Kuala Kubu Baharu masa untuk BN balas jasa PH – Zahid

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu (KKB) adalah waktu untuk Barisan Nasional (BN) membalas...

Lagi Artikel Berkaitan