26.6 C
Kuala Lumpur
Monday, December 2, 2024

Pusat keselamatan siber Blackberry berpotensi jadi hab serantau

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pusat Kecemerlangan Keselamatan Siber (CCoE) Blackberry yang diwujudkan di Cyberjaya berpotensi untuk dibangunkan sebagai hab pembangunan kapasiti di rantau Asia Tenggara.

Menurut beliau, ini dapat dilaksanakan dengan memberi penumpuan dalam meningkatkan perkongsian maklumat dan mewujudkan kerjasama serantau sebagai usaha menangani ancaman keselamatan dan jenayah siber.

“Kerjasama strategik seumpama ini, khususnya menerusi perkongsian teknologi canggih seperti kecerdasan buatan (AI) dan pembelajaran mesin juga akan memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi negara,” kata beliau.

Sebelum itu Perdana Menteri merasmikan CCoE Blackberry itu di Cyberjaya hari ini. Hadir sama Menteri Promosi Eksport, Perdagangan Antarabangsa dan Pembangunan Ekonomi Kanada, Mary Ng dan Ketua Pegawai Eksekutif Blackberry, John Giamatteo.

Anwar berkata, CCoE bakal menggalas tanggungjawab melatih dan meningkatkan kemahiran sumber manusia dalam bidang keselamatan siber menerusi kerjasama universiti dan institusi penyelidikan di Malaysia dan Kanada.

Advertisements

Beliau yakin pusat tersebut mampu membantu dalam usaha Malaysia memiliki 25,000 sumber manusia dalam bidang keselamatan siber menjelang 2025.

Sementara itu, Blackberry dalam satu kenyataan berkata, CCoE tersebut akan menyediakan latihan keselamatan siber dan perisikan ancaman siber bagi membantu Malaysia dan rakan kongsi di rantau ini mencegah, menghalang dan bertindak balas terhadap ancaman siber yang dihadapi kerajaan dan organisasi di rantau Asia Pasifik.

Syarikat itu berkata, Kurikulum Keselamatan Siber Blackberry baharu yang kini tersedia buat pertama kali di kemudahana baharu itu, menawarkan pelbagai kursus dan pensijilan yang diiktiraf di peringkat global.

“Pembukaan CCoE dan pelancarana Kurikulum Keselamatan Siber Blackberry menandakan satu lagi peristiwa penting dalam perjanjian antara Malaysia dan Blackberry yang diumumkan pada November 2023,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

ATPC kembang pasaran perubatan global di Indonesia

AGAPE ATP Corporation (ATPC) mengembangkan pasaran perubatan global di Indonesia menerusi tiga memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani dengan institusi...

Lagi Artikel Berkaitan