32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Cedera: Matt Davies, Junior Eldstal tidak bersama ke Oman

Mesti Baca

SKUAD Harimau Malaya yang berlepas ke Muscat, Oman untuk perlawanan ketiga Kelayakan Kumpulan D Piala Dunia/Piala Asia 2027 tanpa dua tonggak, Matthew Davies dan Junior Eldstal.

Menurut Ketua Jurulatih Kebangsaan, Kim Pan Gon, kedua-dua pemain tersebut tidak melaporkan diri selepas disahkan mengalami kecederaan oleh majikan mereka, Johor Darul Takzim (JDT) semasa perlawanan latihan pada 14 Mac lalu.

“Justeru JDT memohon pengecualian buat kedua-dua pemain berkenaan untuk melapor diri bersama skuad kebangsaan dan akan menjalani rawatan pemulihan selanjutnya bersama kelab. Laporan kecederaan dilampirkan dalam surat tersebut,” kata Pan Gon dalam satu kenyataan hari ini.

Pengendali dari Korea Selatan itu berkata, dengan ketiadaan Matthew dan Junior, skuad Harimau Malaya kini mempunyai 31 pemain dalam kem latihan.

Advertisements

Bagaimanapun, katanya, daripada jumlah tersebut, seramai tujuh pemain telah dilepaskan ke skuad B-23 kebangsaan kendalian Juan Torres Garrido yang akan memulakan kem latihan pusat mereka esok bagi persiapan menghadapi Piala Asia B-23 2024 di Qatar, bulan depan.

Dalam pada itu, Pan Gon berkata, lapan pemain termasuk tujuh dari JDT serta Dion Cools dari Buriram United telah melaporkan diri ke kem latihan pada Jumaat lalu.

Ini menjadikan seramai 24 pemain akan dibawa ke Muscat bagi menentang pasukan ke-80 dunia itu di Sultan Qaboos Sports Complex pada Khamis, 21 Mac pukul 10 malam (2 pagi Jumaat, waktu Malaysia). – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan