24.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Malaysia-Jepun perluas hubungan, fokus AI dan TVET

Mesti Baca

MALAYSIA dan Jepun akan memperluaskan hubungan di peringkat pengajian tinggi dan teknikal terutama dalam bidang-bidang teknologi kecerdasan buatan (AI) serta pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional (TVET).

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata, ia tercapai hasil lawatan selama lima hari beliau bersama Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ke Tokyo, Jepun yang berakhir semalam.

Beliau berkata, antara kesepakatan yang tercapai hasil lawatan tersebut ialah pemindahan dan perkongsian tenaga mahir serta teknologi terkini berkaitan AI dengan Universiti Tsukuba di Irabaki.

“Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) mewakili MTUN (Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia) bersama dengan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang sedang membangunkan Pusat Pengajian AI di Malaysia akan
terlibat dalam kerjasama ini.

“Saya juga berbincang dengan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) yang turut serta dalam lawatan kerja ini untuk mengkaji pembukaan politeknik AI pertama dalam negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Zambry, Universiti Tsukuba mempunyai sebuah Pusat Kajian Kederdasan Buatan (C-AIR) yang ditubuhkan sejak tujuh tahun yang lalu.

Advertisements

Pada masa yang sama, katanya, universiti tersebut juga telah bersetuju untuk membuka cawangannya Malaysia, sekali gus menjadi satu-satunya negara luar yang dipilih bagi pembukaan kampus.

“Dijangkakan kampus sementara yang akan beroperasi di Universiti Malaya ini akan dibuka pada September 2024.

“Pembukaan kampus ini akan menarik lebih ramai pelajar luar untuk datang ke Malaysia dan proses pengantarabangsaan pendidikan tinggi negara seperti ini akan membantu meningkatkan ekonomi negara,” katanya lagi.

Zambry berkata menerusi lawatan itu, satu kerjasama baharu juga akan dibentuk antara Kementerian Pendidikan Tinggi dan Japan International Cooperation Agency (JICA).

Kerjasama itu katanya, akan turut memfokus kepada penyediaan dana daripada pihak JICA dalam bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

“Ini memberi peluang kepada universiti MTUN dan politeknik untuk meneroka bidang TVET dengan lebih meluas,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan