Tuesday, July 21, 2026

MAWIM naungi gerakan NGO wanita Islam di Malaysia

Mesti Baca

MAJLIS Wanita Islam Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (MAWIM) telah diminta untuk menaungi semua gerakan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) wanita Islam dalam melaksanakan sebarang aktiviti.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hassan berkata, ia bagi memudahkan kerajaan menyalurkan bantuan termasuk dari aspek teknikal.

Beliau berkata, dengan penyelarasan gerak kerja yang baik antara kerajaan dan NGO diharap mampu menyantuni lebih ramai golongan wanita yang memerlukan.

“Kerajaan MADANI amat ambil berat tentang segmen dan hal ehwal aspek wanita. Kita ingin selaras, seragam dan kukuhkan aktiviti (melibatkan NGO wanita),” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan lebih 30 NGO dan aktivitis wanita Islam di Kompleks Islam Putrajaya, semalam.

Antara aktivitis dan NGO yang hadir termasuk pendakwah terkenal, Ustazah Dr. Fatimah Syarha. Prof. Ts. Dr. Zuriati Zulkarnain dari Universiti Putra Malaysia (UPM), HELWA Angkatan Belia Islam Malaysia (HELWA ABIM), Pertubuhan Salwa Malaysia, Pertubuhan Wanita Anggerik Malaysia, Wanita IKRAM, Pergerakan Puteri Islam Malaysia dan Wanita Haluan.

Zulkifli berkata, pihaknya sengaja merencanakan pertemuan itu bagi mendapatkan pandangan secara langsung dengan kumpulan terbabit berhubung gerak kerja dakwah dan kebajikan hal ehwal wanita. – ABIM/Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan