27.2 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 9, 2024

Miliki Proton X70 Premium hasil mengemis di pasar malam

Mesti Baca

SIAPA sangka hanya dengan mengemis di pasar malam, seorang pengemis yang berstatus orang kurang upaya (OKU) cacat anggota badan mampu memiliki sebuah Proton X70 Premium berharga lebih RM120,000.

Terkejut bukan? Itulah yang berlaku di Maran, Pahang apabila para pegawai penguat kuasa Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sendiri terperanjat.

Menurut hantaran Facebook JKM Maran, semuanya rahsia pengemis itu terbongkar apabila dia didapati cuba meraih simpati orang ramai di kawasan pasar malam Sri Jaya, Maran.

Lelaki Melayu dengan berjubah dan berkopiah dilihat berdiri di celahan payung para peniaga pasar malam tersebut sambil meminta simpati orang ramai yang lalu lalang.

“Kedua-dua tangan lelaki tersebut kelihatan kecil tidak seperti tangan manusia normal. Pegawai penguat kuasa JKM Maran menghampiri lelaki tersebut dan bertanyakan tujuan beliau meminta sedekah.

“Namun, pertanyaan penguat kuasa JKM tidak dijawab. Beliau kelihatan seperti seorang yang pekak dan bisu. Dilihat di dalam beg kertasnya ada kepingan duit kertas. Sedekah pengunjung pasar malam,” kata hantaran tersebut hari ini.

Pegawai penguat kuasa JKM Maran terkejut mendapati pengemis terbabit memilik sebuah kereta Proton X70 Premium berharga lebih RM120,000.

Walaupun berkali-kali penguat kuasa JKM meminta kad pengenalan bagi tujuan rekod operasi hari tersebut, namun pengemis terbabit tidak memberi maklum balas.

Advertisements

Sehinggalah apabila didesak akhirnya dia mengaku bahawa kad pengenalannya ada di dalam kereta.

“Penguat kuasa JKM mengekori lelaki tersebut ke keretanya. Percaya atau tidak, Seorang yang tadinya hanya berdiri meraih simpati orang ramai atas kekurangan dirinya memandu sebuah Proton X70 Premium,” katanya.

Hasil siasatan mendapati lelaki terbabit tinggal di Balok, Pahang dan menjalankan aktiviti mengemis di pasar-pasar malam.

Semakan juga mendapati dia menerima Elaun Pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450 sebulan sejak tahun 2001 lagi dan mengaku kereta Proton X70 Premium tersebut adalah miliknya.

Rupa-rupanya aktiviti mengemis lelaki terbabit di tapak pasar malam mampu menghasilkan sehingga RM500 bagi tempoh empat hingga lima jam.

“Lelaki tersebut kemudian dilepaskan dengan amaran oleh penguat kuasa JKM setelah hasil semakan mendapati ini merupakan kesalahan pertamanya di daerah ini.

“Lelaki tersebut turut diminta menandatangani surat akujanji jaminan tidak akan mengemis seperti yang termaktub dalam Perintah Tetap Operasi,” kata JKM Maran. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Visa Perubatan: Imigresen beri kerjasama penuh siasatan EAIC

JABATAN Imigresen Malaysia (JIM) akan memberi kerjasama penuh berhubung siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) ke...

Lagi Artikel Berkaitan