29.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Laporan nahas pesawat di Kapar dikeluarkan dalam tempoh 30 hari

Mesti Baca

LAPORAN awal kemalangan udara pesawat Gabriel BK160TR yang terhempas di Kampung Tok Muda, Kapar, Selangor pada 13 Februari lalu akan dikeluarkan dalam tempoh 30 hari dari tarikh berlakunya insiden tersebut.

Kementerian Pengangkutan (MOT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan, laporan penuh pula akan dikeluarkan selewat-lewatnya 12 bulan dari tarikh kemalangan berlaku.

Jelas MOT, siasatan teknikal berdasarkan Annex 13 – Aircraft Accident and Incident Investigation, International Civil Aviation Organisation (ICAO Annex 13) telah dimulakan oleh pasukan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

“Berdasarkan siasatan awal, pesawat yang memiliki tanda pendaftaran I-POOC adalah milik Blackshape S.p.A yang merupakan sebuah syarikat Itali.

“Sky Media Ltd yang merupakan sebuah syarikat Hong Kong pula bertindak sebagai pengedar pesawat bagi pihak Blackshape S.p.A untuk rantau Asia Tenggara,” menurut kenyataan itu.

Terdahulu, dua individu termasuk juruterbang pesawat ringan model BK160 Gabriel disahkan maut selepas terhempas dan terbenam dalam tanah di sekitar kawasan kebun kelapa sawit.

Advertisements

Mangsa yang masing-masing berasal dari Johor dan Pulau Pinang itu dipercayai sedang melakukan penerbangan rekreasi.

Mengulas lanjut, MOT memaklumkan, Sky Media Ltd telah melantik Aviation Safety Technology Pte Ltd (AST), sebuah syarikat Singapura, untuk perkhidmatan pemasaran bagi pesawat Gabriel BK160TR.

Jelas MOT, AST telah melantik juruterbang yang terlibat dalam kemalangan tersebut untuk mengendalikan pesawat Gabriel BK160TR (pendaftaran IPOOC) bagi tujuan promosi kepada pelanggan-pelanggan di Malaysia.

Menurut MOT, pada waktu kemalangan, pesawat Gabriel BK160TR (pendaftaran I-POOC) tersebut mempunyai pensijilan kelayakan terbang (airworthiness certification) yang sah di bawah European Union Aviation Safety Agency (EASA).

“Penyiasatan akan diteruskan untuk menentukan hal keadaan dan punca kemalangan dengan tujuan untuk menyelamatkan nyawa dan juga mengelakkan berlaku kemalangan yang sama di masa hadapan,” jelas MOT. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Bernas tanam padi pulut berskala besar di Langkawi

PADIBERAS Nasional Berhad (Bernas) melaksanakan projek penanaman padi pulut berskala besar membabitkan ladang sawah seluas 540 hektar di Langkawi,...

Lagi Artikel Berkaitan