26.4 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Kutip parkir haram: 46 individu didenda, penjara tahun lalu

Mesti Baca

SERAMAI 46 individu telah didakwa di Mahkamah Majistret Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas kesalahan mengutip bayaran parkir tanpa kebenaran di sekitar ibu negara, tahun lalu.

DBKL dalam satu kenyataan berkata, daripada jumlah itu seramai 23 orang telah dikenakan hukuman penjara manakala 23 lagi didenda.

Menurut DBKL, sepanjang tahun lalu pihaknya menerima 154 aduan berkaitan aktiviti penjaga parkir tanpa kebenaran.

“Dalam pengaturan tindakan, pemantauan harian dan termasuk 12 Siri operasi Khas, DBKL telah menahan dan memeriksa 146 orang individu dalam kalangan warga tempatan dan warga asing yang disyaki menjalankan aktiviti ini.

“46 orang individu telah dibawa ke mahkamah dan 23 orang telah dijatuhi hukuman penjara dan 23 orang telah dikenakan hukuman denda. Manakala 52 orang individu lain dikenakan Notis Surat Akujanji oleh Jabatan Penguatkuasaan DBKL,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu dalam Ops Jaga Siri 2/2024 di sekitar Jalan Raja Alang dan Jalan Pudu semalam, pihaknya telah menahan dua lelaki tempatan dan seorang warganegara India atas kesalahan menjaga parkir secara haram.

DBKL berkata, mereka taleh dibawa ke Jabatan Penguatkuasaan untuk tindakan lanjut dan proses dokumentasi.

Advertisements

Katanya, hasil keputusan Mahkamah Majistret DBKL semasa sesi pendakwaan hari ini, seorang daripadanya telah dikenakan hukuman penjara 30 hari.

Manakala seorang dijatuhi hukuman denda RM 800 dan manakala seorang lagi diperintah hadir sebutan semula kes pada 4 Mac ini.

Pihak berkuasa tempatan itu berkata, pihaknya melakukan risikan dan pemerhatian di lokasi tumpuan (hotspot) dan mendapati terdapat individu-individu yang menjaga dan mengutip wang parkir tanpa kebenaran.

Ini melibatkan kawasan awam seperti bahu jalan, siar kaki, kawasan lapang atau mana-mana petak letak kereta awam sedia ada pada waktu malam.

“Pihak DBKL akan meneruskan tindakan dan pemantauan dari dari semasa ke semasa di lokasi tumpuan.

“Sebarang aduan atau maklumat, orang awam boleh berhubung atau menyalurkan portal ADU@KL di laman sesawang http://adukl.dbkl.gov.my,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas kopi, Richiamo kembang sayap dalam bidang peruncitan

SELEPAS berjaya membina jenama dalam perniagaan kopi, Kumpulan Richiamo melebarkan sayap perniagaan dalam peruncitan dengan membuka rangkaian kedai runcit,...

Lagi Artikel Berkaitan