31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Zambry dengar suara siswa UMS, lulus peruntukan selesai isu air

Mesti Baca

MENTERI Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM2 juta bagi menyelesaikan isu peyaluran air di Universiti Malaysia Sabah (UMS) diselesaikan segera.

Keputusan itu dibuat setelah beliau mendengar sendiri ketidakpuasan hati siswa UMS yang membuat bantahan aman di hadapan Kolej Kediaman Tun Fuad ketika lawatan beliau ke universiti itu semalam.

Zambry berkata, pada masa yang sama beliau turut diberikan penjelasan berhubung isu masalah air di kolej kediaman berkenaan oleh Naib Canselor, Prof Datuk Dr Kasim Md Mansur.

“Dalam perjalanan ke kolej, saya dimaklumkan oleh pegawai bahawa terdapat sekumpulan pelajar yang sedang melakukan bantahan di hadapan kolej berkenaan isu air.

“Saya menyatakan bahawa ‘tidak mengapa, biar saya berjumpa mereka sebab pasti ada perkara yang mereka nak sampaikan’.

Advertisements

“Setibanya di situ, saya disambut dengan ‘nyanyian’ daripada kumpulan pelajar ini. Saya pernah jadi pelajar. Saya juga pernah jadi pemimpin pelajar. Saya juga pernah berhadapan situasi seperti ini ketika belajar,” katanya menerusi Facebook beliau, malam tadi.

Pada masa yang sama, Zambry turut mengumumkan pelantikan pemimpin mahasiswa di dalam jawatankuasa ‘task force’ berkenaan isu air tersebut.

Katanya, ini bagi mengatasi isu ketelusan yang dibangkitkan oleh para mahasiswa berkenaan.

Zambry turut meminta pihak UMS menyelesaikan perkara tersebut dengan segera dan beliau sendiri akan memantau pergerakan proses tersebut. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan