31.4 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Wani Kayrie tampil di pentas Anugerah TV Asia Ke-28

Mesti Baca

WALAUPUN lagunya Kamu Kamu tidak berjaya mara ke peringkat akhir Anugerah Juara Lagu Ke-38 (AJL38), bakatnya tetap dipandang di negara luar. 

Penyanyi Wani Kayrie akan terbang ke negara Vietnam bagi memenuhi undangan membuat persembahan di majlis penuh berprestij peringkat Asia iaitu Anugerah Televisyen Asia Ke-28 pada 12 dan 13 Januari ini.

Menerusi muat naik status di Instagram milik Wani ada berbaur kekesalan dengan keputusan AJL38, namun semangatnya sedikit pun tidak goyah malah lebih bersemangat dan tidak sabar-sabar untuk mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa tidak lama lagi.

Wani berkata, perasaan teruja serta berkobar-kobar sangat menebal di jiwa selain merasa bertuah, kerana dipilih mewakili negara buat kali kedua untuk membawa nama Malaysia selain nama label naungannya, Rocketfuel Entertainment.

“Saya sangat berbesar hati dengan pemilihan ini dan berjanji akan memberikan yang terbaik ketika berada di sana nanti.

“Saya juga sedang mempersiapkan diri dari segi latihan vokal secara bersendiri tanpa bantuan dari mana-mana pihak, ini termasuk koreografi yang turut dilakukan secara bersendirian juga.

Advertisements

“Dari segi penataan gaya sahaja saya memerlukan khidmat pakar serta khidmat pereka fesyen untuk busana yang bakal disarungkan nanti,” katanya.

Wani bakal menyanyikan tiga pada majlis itu nanti antaranya dua buah lagu sendiri iaitu Kamu Kamu dan Fajar, manakala satu lagi lagu Bang Bang nyanyian Ariana Grande dengan versinya sendiri.

“Saya mengharapkan sokongan seluruh rakyat Malaysia dan doakan semuanya berjalan dengan lancar.

“Ini adalah momen saya untuk menunjukkan bakat pada semua, kalau boleh rakyat Malaysia membuka mata serta melihat sendiri kebolehan dan kemampuan Wani Kayrie bernyanyi di peringkat antarabangsa,” katanya.

Penonton boleh menyaksikan siaran langsung Anugerah TV Asia Ke-28 berlangsung pada 12 dan 13 Januari ini melalui aplikasi penstriman video atas talian seperti viu.com atau siaran digital melalui saluran YouTube rasmi majlis berkenaan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan