24.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Program ‘Percuma Jer’ tarik usahawan sertai iklan di TV

Mesti Baca

MELIHAT sosial media yang semakin menjadi pilihan ramai usahawan dalam mempromosikan produk mereka ketika ini memberi idea kepada stesen TV AlHijrah (TVAH) dalam membantu cara promosi menerusi televisyen.

Program Percuma Jer diharap mampu menarik ramai usahawan tidak kira baru atau lama untuk sama-sama mempromosikan produk dan jenama perniagaan mereka di tv.

Walaupun ia adalah cara lama dan  semakin dilupakan, dengan kemunculan siaran pertamanya pada 1 Februari ini diharap mampu memberi impak kepada usahawan di luar sana menaikkan jenama produk mereka.

Ketua Pegawai Operasi TV AlHijrah, Nadzariah Mohamed berkata, menerusi program berkenaan penonton juga berpeluang  mendapatkan produk yang dijamin selamat dan sihat.

“Program ini memberi keuntungan kepada kedua-dua pihak iaitu usahawan dan penonton.

“Penonton hanya perlu mengikuti langkah yang diberikan untuk mendapatkan produk yang dipromosikan pada hari berkenaan.

“Setiap produk juga akan ditapis dan dipastikan keselamatannya daripada pihak yang berkenaan.

“Begitu juga dengan penonton yang terbabit kami akan cuba seadil mungkin untuk memastikan ke semua penonton TVAH sama-sama dapat menikmati produk percuma yang diberikan,” katanya pada sidang media program berkenaan yang diadakan di Shah Alam, hari ini.

Hadir sama pada program berkenaan Pengasas Pasak Sdn Bhd, Ku Addy Fazly Ku Radin.

Advertisements

Program ini juga sebagai menyahut Pelan Transformasi Al-Falah yang diperkenalkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar.

Bertumpu kepada Teras Kesejahteraan Insan, program ini diperkenalkan bagi memperkasa kemampanan ekonomi Islam disamping kebajikan sosial dan perpaduan ummah.

Program Percuma Jer bakal bersiaran setiap Isnin hingga Khamis pada jam 6 hingga jam 7 petang adalah hasil cetusan idea TVAH dan Pasak Sdn Bhd.

Program terbaik yang menjanjikan kelainan ini memfokuskan pemasaran produk di kaca televisyen dengan konsep baharu.

Malah program ini adalah yang pertama kali seumpamanya di Malaysia dalam memberikan demonstrasi, promosi serta yang paling utama adalah sampel barangan percuma kepada penonton.

Nadzariah berkata, penonton yang ingin mendapatkan produk percuma perlu memuat turun aplikasi AlHijrah Plus di Apple Apps Store atau Google Play Store, kemudian mereka perlu mengimbas kod QR untuk memiliki barangan sampel dikehendaki.

“Setiap penghantaran produk akan diuruskan oleh usahawan yang terbabit dalam program ini.

“Kita menyasarkan 600 penyertaan dari usahawan dan setakat ini sudah 100 usahawan yang terbabit di mana program ini bakal menawarkan lebih daripada 400 produk barangan.

“Pelbagai jenis barangan seperti makanan, produk kecantikan dan kesihatan, barangan teknologi maklumat (IT) dan pelbagai lagi ditawarkan kepada penonton,” katanya lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kerajaan Pusat lulus peruntukan RM1.59 bilion untuk Terengganu

KERAJAAN Persekutuan meluluskan peruntukan RM1.59 bilion di bawah Rolling Plan 4 (RP4) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi manfaat rakyat...

Lagi Artikel Berkaitan