30.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Meerqeen, Anna Jobling antara 100 wajah terkacak, cantik dunia

Mesti Baca

PELAKON drama popular Melur Untuk Firdaus, Meerqeen dan Anna Jobling sekali lagi berada dalam senarai 100 Wajah Lelaki Paling Kacak 2023 (100 Most Handsome Faces 2023) dan 100 Wajah Wanita Paling Jelita 2023 (100 Most Beautiful Faces 2023) pilihan TC Candler, untuk dua tahun berturut-turut.

Meerqeen, 21, berada di posisi ke-62, manakala Anna Jobling, 23, pula di tempat ke-66.

Bagi kategori lelaki, nama Meerqeen mendahului beberapa nama popular dunia seperti David Beckham yang berada di tangga ke-68 dan anggota kumpulan K-Pop BTS iaitu Jin di tangga ke-67.

Manakala Anna berada di kedudukan lebih atas berbanding aktres Hollywood, Margot Robbie yang berada di kedudukan ke-90.

Advertisements

Terdahulu, pasangan selebriti ini mulai melonjak namanya selepas menbintangi drama episod, Melur Untuk Firdaus.

Dalam pada itu, pelakon berdarah Amerika-Perancis, Timothee Chalametdi berada di posisi pertama Wajah Lelaki Paling Kacak 2023, manakala untuk kategori wanita pula disandang oleh penyanyi dan pelakon kacukan Korea-Amerika, Nancy Jewel Mcdonie. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kasino di Forest City: Chegu Bard ditahan reman dua hari

BADRUL Hisham Shaharin atau Chegu Bard direman susulan membuat hantaran yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan...

Lagi Artikel Berkaitan