27.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 2, 2024

Mahu berehat, tiada lagi konsert Hetty Koes Endang

Mesti Baca

BAKAL mengadakan konsert bulan depan, penyanyi legenda Indonesia, Hetty Koes Endang akui sudah penat dan mahu berehat selepas ini daripada menjayakan sebarang konsert.

Hetty, 67, berkata, keputusan itu dibuat disebabkan terlalu penat kerana sudah terbabit dengan puluhan konsert dan menghasilkan 150 album.

Penghibur yang sudah 53 tahun membabitkan diri dalam bidang seni itu berkata, apabila berehat nanti dia hanya mahu melihat perjalanan artis muda yang semakin ramai mewarnai persada seni muzik di negaranya.

“Saya sudah penat. Berilah peluang kepada penyanyi muda pula. Sudah lama saya terbabit dalam bidang seni, sudah sampai masa untuk saya jadi pemerhati sahaja.

“Pelbagai perkara sudah saya lakukan sepanjang karier seni ini. Rasanya sudah tidak ada apa lagi yang saya mahukan,” katanya.

Hetty berkata demikian pada sesi temu bual secara maya bersama media untuk mempromosikan persembahannya, After Hours With Hetty Koes Endang, baru-baru ini.

Advertisements

Katanya, dia tidak keberatan untuk terbabit dengan persembahan bagi tujuan kebajikan berbanding persembahan komersial.

“Saya hanya akan menolak persembahan berbentuk komersial sahaja. Jika membabitkan acara amal, saya akan lakukan.

“Perkara itu lebih membuatkan saya berasa senang,” katanya.

Berkongsi mengenai persembahan After Hours With Hetty Koes Endang yang bakal berlangsung pada 24 Februari nanti, pelantun lagu Kasih itu mengakui teruja apabila bakal menghiburkan peminatnya di Malaysia.

“Pastinya saya gembira dan tidak sabar untuk menghiburkan peminat saya di Malaysia. Saya berharap semua yang dirancang berjalan dengan lancar dan diberikan kesihatan yang baik,” katanya.

Persembahan pada malam itu turut menampilkan Naqiu, Afifah Yusuf, Zul 2by2 dan Intan Maya sebagai penyanyi undangan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Wanita perlu jaga darjat, jangan bergaduh kerana ‘buaya’

USAHAWAN selebriti, Datin Thalia Baiduri menitip pesan kepada semua wanita agar sentiasa menjaga darjat serta nilai diri masing-masing. Baginya tidak perlu...

Lagi Artikel Berkaitan