27.1 C
Kuala Lumpur
Saturday, May 4, 2024

KPDN serbu kedai makanan laut mahal di Pangkor

Mesti Baca

SEBUAH kedai makanan laut di Pantai Teluk Nipah, Pulau Pangkor, yang tular kerana mengenakan harga tidak masuk akal terhadap pelanggan digempur penguat kuasa Kementerian Perdagangan dan Kos Sara Hidup (KPDN), semalam.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail, berkata serbuan dibuat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Majlis Perbandaran Manjung (MPM) selepas pihaknya mengesan kiriman tular di TikTok dan kandungan sama dikongsikan pengguna lain di Facebook, Jumaat lalu.

“Hasil maklumat Ops Samar mendapati premis yang diadu tidak meletakkan tanda harga makanan hasil laut yang belum dimasak serta didapati tidak menggunakan alat timbangan dalam urusan penjualan makanan hasil laut.

“Premis terbabit hanya meletakkan tanda harga ketika pemeriksaan pegawai beruniform.

“Pemeriksaan dan perbandingan harga mendapati harga premis berkenaan lebih tinggi berbanding restoran lain di sekitar Teluk Nipah,” katanya dalam satu kenyataan.

Sehubungan itu, tindakan kes diambil ke atas peniaga terbabit kerana disyaki melanggar Seksyen 140(3)(a)(b) Akta Perlindungan Pengguna 1999 iaitu gagal meletakkan butiran nama dan alamat perniagaan serta tarikh pembelian dalam resit yang dikeluarkan kepada pengguna.

Advertisements

“Siasatan lanjut akan dilaksanakan mengikut Akta Kawalan Harga dan AntiPencatutan (AKHAP) 2011,” katanya.

Kamaluddin berkata, sekiranya didapati berlakunya kesalahan mencatut dalam menjual atau membekalkan barangan dan perkhidmatan di bawah Seksyen 14(1) AKHAP 2011, peniaga terbabit boleh dikenakan penalti RM500,000.

Beliau turut mengingatkan peniaga lain di pulau bebas cukai itu supaya bertanggungjawab dan tidak mengambil kesempatan terhadap pelancong.

Terdahulu, tular video di aplikasi TikTok yang dikongsikan pengguna @keknyahfornour meluahkan rasa tidak puas hati dengan sebuah kedai makanan laut yang mengenakan harga RM142 untuk hidangan ikan siakap bakar, tomyam, telur dadar, udang goreng tepung dan air kosong untuk dua orang.

Pengguna terbabit turut membandingkan harga yang tidak setimpal dengan aspek kebersihan di kedai berkenaan yang dilihat menggunakan kerusi berkulat untuk pelanggan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan