31 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 9, 2024

SPRM bebaskan CEO KFA selepas ambil keterangan

Mesti Baca

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membebaskan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Zulkifli Che Haron yang ditahan reman susulan siasatan kes rasuah RM6 juta.

KFA dalam satu kenyataan berkata, Zulkifli dibebaskan selepas memberi keterangan kepada SPRM, dengan tiga lagi yang turut ditahan reman sejak Jumaat lalu juga dibebaskan.

Jumaat lalu, SPRM mendapat kebenaran untuk menahan reman Zulkifli bersama tiga yang lain selama tiga hari bagi membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah bernilai RM6 juta.

Wang rasuah itu dipercayai sebagai balasan membantu seorang pemilik syarikat mendapatkan tender projek pembinaan litar lumba dan projek mengurus, mengoperasi serta menyelenggara lima loji takungan air di Kedah.

Dalam pada itu, KFA berharap masyarakat tidak sewenang-wenangnya membuat spekulasi berikutan penahanan Zulkifli yang dipanggil memberi keterangan itu.

Menerusi kenyataan rasmi dikeluarkan, Pengerusi Jawatankuasa Media dan Perhubungan Awam KFA, Ibrahim Ismail berkata, peranan CEO adalah mengikut bidang tugas tertakluk di bawah statut persatuan berkenaan.

“KFA ingin menjelaskan bahawa fungsi utama CEO adalah bagi melancarkan pentadbiran dan menjalankan tugas sekretariat di bawah Setiausaha Kehormat menurut Statut Persatuan.

Advertisements

“KFA ingin menjelaskan persatuan tiada kaitan dengan mana-mana projek kerajaan Negeri.

“Menurut statut persatuan, semua keputusan persatuan perlu diputuskan di bawah Jawatankuasa Eksekutif (Exco KFA). CEO hanya menjalankan tugas bagi melicinkan pentadbiran Persatuan,” katanya.

Katanya lagi, sepanjang pentadbiran persatuan, pendapatan utama adalah dari sumbangan syarikat dan badan-badan korporat serta segala penerimaan wang direkodkan dalam laporan kewangan persatuan dan dibentangkan, manakala sumbangan diterima adalah tanpa imbalan dan tanpa prasangka.

“Sebagai rekod, CEO KFA dilantik pada Ogos 2020 bersusah payah dalam menyelesaikan isu tunggakan gaji dan tuntutan hutang daripada badan berkanun sejak pentadbiran persatuan bertukar kepimpinan.

“Hasil pelantikan itu juga berjaya merekodkan kejayaan proses pemisahan pasukan bola sepak FA kepada FC selain kejayaan memiliki pejabat pentadbiran sendiri pada 2023.

“KFA berharap masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi dan menghentikan tuduhan yang tidak berasas. Kes ini masih di peringkat awal siasatan.

Persatuan menafikan semua bentuk keterlibatan rasuah. Seseorang adalah tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

JDT pernah diserang, tapi tetap ke gelanggang lawan – Alistair

SELANGOR FC (SFC) perlu mencontohi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang tetap turun ke gelanggang lawan walaupun pernah diserang dalam...

Lagi Artikel Berkaitan