30.7 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Siapa pilihan hati pengundi Kemaman esok?

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

TIRAI kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman akan melabuhkan tirainya tepat jam 12 tengah malam ini.

Esok bakal menentukan siapa calon yang akan menjadi pilihan hati 141,790 pengundi di Parlimen Kemaman.

Bagi calon Barisan Nasional (BN), Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi, tiada kerugian bagi dirinya jika beliau tidak dipilih sebagai Ahli Parlimen oleh orang Kemaman.

Kerana beliau bukan ada sebarang agenda berkepentingan untuk dirinya sendiri.

Beliau sebaliknya hanya ingin menabur bakti di pentas politik untuk orang Kemaman selepas lebih 40 tahun menabur bakti menjaga keselamatan negara menerusi perkhidmatan di dalam ATM.

Beliau sanggup keluar dari keselesaan hidup selepas bersara daripada jawatan tertinggi di dalam perkhidmatan ATM selaku Panglima Angkatan Tentera, semata-mata untuk berkhidmat kepada orang kampung halamannya dengan bersetuju menjadi calon BN bagi PRK Kemaman.

Adalah satu kerugian bagi orang Kemaman jika menolak peluang memperbetulkan memilih wakil rakyat selepas wakil rakyat yang dipilih pada PRU15 lalu terpalit dengan kes rasuah.

Advertisements

Yang pasti, Jeneral (B) Tan Sri Raja Affandi bebas, bersih dan tidak pernah terpalit dengan sebarang kontroversi sama ada ketika berkhidmat dalam ATM dahulu atau selepas bersara.

Sebagai bekas pegawai tertinggi tentera, beliau pastinya mempunyai prinsip akauntabiliti yang tinggi dalam hidupnya.

Pengalamannya menjaga kebajikan ratusan ribu anggota tentera secara langsung, tentu sekali memberi kelebihan kepada orang Kemaman jika beliau menjadi pilihan hati pengundi.

Mengenai Dr. Sam, orang Kemaman fikirlah sendiri, adakah mahu memilih calon yang mewakili parti yang telah dibuktikan terbabit dengan isu rasuah?

Atau masih mahu bersikap tak apa…kerana masih percaya bahawa tak mungkin sebuah parti yang guna perkataan Islam terbabit dengan rasuah.

Jangan kerana nama sebuah parti politik ada tertera perkataan Islam, terus sokong dan pilih. Tepuk dada, tanya hukum hakam. – Anok Jati Kemamang

Advertisements

Terkini

Kardinal lancar koleksi vape edisi Lumina kurang nikotin

JENAMA rokok elektronik atau vape, Kardinal tampil memperkenalkan koleksi terbaharu mereka iaitu Lumina. Lumina didatangkan ekslusif dalam edisi Raya Discovery Pack Untuk Lumina yang...

Lagi Artikel Berkaitan