25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Acara larian unik di Putrajaya Green Light Run 2023

Mesti Baca

DIINSPIRASIKAN dari acara larian unik di Tokyo, Jepun, TuneAds Sdn Bhd membawakan kepada peminat acara larian Putrajaya Green Light Run 2023 (PGR23) pada 9 Disember ini bermula jam 8 pagi sehingga 12 tengah malam bertempat di Anjung Floria, Putrajaya.

Ketua Pegawai Eksekutif Tune Advertising Sdn Bhd, Muhammad Hafiz Rozlan, berkata larian ini unik kerana pelari perlu berlari mengatasi masa lampu isyarat bertukar warna hijau dan melepasinya sebelum lampu isyarat bertukar merah.

“Sekiranya gagal melepasi selepas lampu isyarat bertukar merah, pelari perlu berhenti untuk menunggu lampu isyarat bertukar hijau semula. Ia menyebabkan pelari akan berdepan kesuntukan masa untuk menamatkan acara larian.

“Cabaran larian ini memerlukan pelari mempunyai stamina, strategi dan fokus dalam melepasi semua lampu isyarat di sepanjang laluan sejauh tujuh kilometer,” katanya.

Selain itu, pelbagai aktiviti menarik lain turut berlangsung antaranya Zumba bersama Nas Adila Dance Crew, pertandingan E-Sport, gerai jualan, belon panas, zon kanak-kanak serta cabutan bertuah seperti motosikal, skuter elektrik, televisyen 50 inci dan banyak lagi.

Pengunjung juga bakal dihiburkan dengan persembahan konsert terbuka yang dihoskan oleh Fara Fauzana bersama artis terkemuka tanah air antaranya Ernie Zakri, Afieq Syazwan, Amir Masdi dan ramai lagi.

Advertisements

“Selain daripada mengamalkan cara hidup sihat di kalangan masyarakat, kami juga mempromosikan Putrajaya sebagai satu tempat riadah pada waktu malam.

“Larian ini unik dan pertama di Malaysia. Kami memilih Putrajaya agar masyarakat dapat menikmati suasana beriadah di Putrajaya bersama keluarga dan kawan-kawan,” katanya.

Hafiz turut menyasarkan seramai 8,000 hingga 10,000 pengunjung bakal memeriahkan acara ini.

Acara yang ditaja VFive Group, Gloria Jeans, 1901 HotDog dan Decathlon itu adalah penganjuran bersama Kelab Kita Kasih Malaysia, Persatuan Sukan Rekreasi Putrajaya dengan sokongan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Majlis Sukan Wilayah Persekutuan, Tourism Malaysia.

Acara larian ini terbuka kepada semua peringkat umur dengan bayaran masuk RM48 dan RM68 sahaja.

Peserta yang berminat untuk menyertai acara larian boleh melayari www.raceaxia.com. Untuk maklumat lanjut, emel kepada [email protected]. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan