25.9 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Pelajar USIM korban rejim Israel terima Phd, Sarjana anumerta

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

DUA pelajar Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) berasal dari Palestin yang terkorban dalam serangan zionis Israel di Gaza Oktober lalu menerima ijazah masing-masing secara anumerta.

Penganugerahan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) diberikan kepada Allahyarham Mohammed J. H. Alzaanin manakala isterinya, Allahyarham Kholoud M. H. Elzaneen menerima Ijazah Sarjana.

Mohammed yang mengikuti pengajian peringkat PhD dalam bidang Pengurusan Sumber Manusia manakala isterinya, Kholoud pelajar Sarjana Sains (Mod Penyelidikan).

Pasangan tersebut menerima ijazah masing-masing secara Anumerta sempena Majlis Konvokesyen Ke-21 USIM di Dewan Tuanku Canselor di Nilai, Negeri Sembilan.

Mohammed dan Kholoud bersama 20 sanak saudara mereka disahkan antara yang terkorban dalam serangan bom rejim zionis di Gaza, Palestin pada pagi 8 Oktober lalu.

Majlis Konvokesyen USIM ke-21 di Dewan Tuanku Canselor di Nilai, Negeri Sembilan.

Naib Canselor USIM, Prof. Datuk Ts. Dr. Sharifudin Md Shaarani berkata, penganugerahan ijazah PhD dan Sarjana kepada pasangan tersebut dipersetujui oleh Senat Universiti.

Advertisements

“Dalam kegembiraan menyambut kejayaan, kita juga perlu mengenang nasib saudara kita di Palestin yang diserang Zionis,” kata beliau.

Sementara itu, dalam Majlis Konvokesyen Ke-21 kali ini, seramai 3,146 graduan menerima ijazah dalam bidang masing-masing yang diadakan selama empat hari bermula 12 hingga 15 Disember.

Majlis Konvokesyen kali ini turut meraikan 110 orang penerima PhD, 108 orang penerima Sarjana, 340 orang penerima Diploma dan 2,588 orang penerima Ijazah Sarjana Muda.

Sharifudin berkata, jumlah graduan kali ini meningkat sebanyak 6.5 peratus berbanding 2,953 graduan pada tahun lalu.

Dalam pada itu, penerima anugerah Hadiah Buku Universiti, Muhd Syukri Rostam berkata, ibu bapa adalah asbab dia menerima anugerah dekan pada setiap semester dan anugerah tersebut.

“Anugerah yang saya peroleh adalah bukti bahawa doa mereka sentiasa menjadi penguat semangat untuk terus berjaya,” katanya. – Noornazmi Abu Bakar (Pelajar USIM) / Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan