30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Malaysia-Jepun umum kerjasama strategik menyeluruh

Mesti Baca

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan rakan sejawatannya dari Jepun, Fumio Kishida hari ini mengeluarkan kenyataan bersama mengenai peningkatan hubungan Malaysia-Jepun kepada kerjasama komprehensif strategik.

Kenyataan itu diberikan sebelum kedua-dua pemimpin itu menyaksikan majlis menandatangani dan pertukaran nota Program Peningkatan Kapasiti Keselamatan, bersama Jepun akan menyediakan peralatan pemantauan dan pengawasan untuk Malaysia.

Kedua-dua pemimpin juga menyaksikan pertukaran memorandum kerjasama mengenai Pembangunan dan Aplikasi Angkasa Lepas antara Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dan Agensi Penerokaan Aeroangkasa Jepun (JAXA).

Terdahulu Anwar dan Kishida mengadakan pertemuan dua hala dan mesyuarat.

Anwar berkata, Malaysia amat menghargai komitmen Jepun kepada rantau ini, termasuk Malaysia sejak 1980-an.

Advertisements

“Saya amat menghargai hubungan Malaysia-Jepun dan gembira dengan komitmen dan kerjasama meluas yang ditunjukkan Jepun dalam perdagangan dan pelaburan di rantau ini,” katanya.

Anwar berkata, Jepun juga memainkan peranan penting dalam pembangunan Malaysia sejak tahun 1980-an, menerusi pelaburan sektor swasta.

Sementara itu, Kishida berterima kasih kepada Malaysia atas layanan yang diberikan ketika lawatan beliau ke Malaysia baru-baru ini, dan peranan penting dimainkannya dalam membentuk ASEAN seperti yang ada sekarang, serta mahu melihat penglibatan yang lebih besar Jepun dalam ASEAN.

Terdahulu pada majlis menandatangani dan pertukaran nota Peningkatan Kapasiti Keselamatan itu, Malaysia diwakili Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan, manakala Jepun diwakili Menteri Luarnya Yoko Kamikaway.

Pada pertukaran memorandum kerjasama angkasa Ketua Pengarah MYSA, Azlikamil Napiah mewakili Malaysia dan Presiden JAXA, Hiroshi Yamakawa bagi pihak Jepun. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan