31.5 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

‘Penawar Kita’ sembuhkan hati Noraniza Idris dan Hazama

Mesti Baca

DUA penyanyi terkenal industri muzik Malaysia, Ratu Pop Etnik Negara, Noraniza Idris dan penyanyi lelaki popular, Hazama bersatu dalam karya muzik terbaharu mereka berjudul Penawar Kita

Luca Sickta telah menghasilkan muzik yang menggabungkan elemen tradisional dan moden yang sinonim dengan perwatakan nyanyian dari Noraniza Idris dan Hazama.

Penggabungan ini mencipta dinamika muzik yang membawa perpaduan elemen tradisional dan moden.

Hazama berkata, rasa sangat bertuah kerana dapat berpeluang berkolaborasi bersama dengan lagenda Irama Malaysia Noraniza Idris.

“Kali pertama dapat panggilan projek ini saya terus setuju dengan tawaran dari Kak Ani. Kebetulan pula saya memang peminat Kak Ani dari kecil lagi.

“Projek ini adalah kali pertama saya merakamkan lagu yang bergenre Irama Malaysia. Tanpa tawaran ini tidak mungkin saya berpeluang untuk merakamkan lagu yang berunsurkan Irama Malaysia kerana saya sememangnya membawakan genre Rock.

“Terima Kasih kepada semua yang terbabit dan juga Luncai Emas yang banyak membantu sepanjang proses projek ini dijalankan,” katanya.

Penawar Kita adalah terbitan bersama Luncai Emas Sdn Bhd dan NIPV Management Sdn Bhd.

Lirik ditulis oleh penerbit muzik, penyanyi & rapper Kmy Kmo, dan dilengkapkan dengan konsep muzik yang mendalam oleh Luca Sickta.

Advertisements

Ia bertujuan untuk memikat penonton dengan lirik yang bermakna dan melodi yang meremajakan jiwa.

Lagu ini menggabungkan elemen muzik tradisional yang terpilih dengan hikmah pantun nasihat, mencipta perpaduan menawan antara tradisi dan moden.

Walaupun lirik dan lagunya oleh Kmy Kmo dan Luca Sickta, Noraniza Idris tetap membawa pesanan mendalam melalui persembahan suara yang menggugah hati.

Lirik yang ditulis membawa pendengar dalam perjalanan yang menyentuh hati, di mana ujian dan cabaran kehidupan berfungsi sebagai pengajaran praktikal dalam memahami hakikat hubungan manusia. 

Sementara itu, Noraniza berkata, selepas siap rangka susunan muzik, dia mencadangkan lagu ini diduetkan dengan artis baru atau sedang aktif dan sesuai dengan vokalnya.

“Ambil masa lama juga meninjau, satu hari saya buat satu program membabitkan Hazama dan saya terus terfikir untuk calonkan Hazama sebagai rakan duet.

“Cadangan itu disambut baik oleh pengurusan Hazama dan bermulalah rakaman single ini.

‘’Penerbitan single ini dipantau sepenuhnya oleh Datuk M Nasir selaku penasihat single. Saya sangat berbesar hati mendapat khidmat nasihat dari M Nasir sebuah nama besar yang dihormati dalam industri muzik hingga kini,” katanya.

Penawar Kita boleh didapati di semua platform muzik utama, seperti Spotify , Apple Music, Itunes dan juga Muzik Video akan mula ditayangkan di saluran Luncai Emas mulai 10 November ini. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akhyar Rashid disamun, cedera di kepala akibat dipukul

PEMAIN bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid cedera di kepala dan kaki selepas menjadi mangsa samun di Kuala Terengganu sekitar...

Lagi Artikel Berkaitan