Monday, July 20, 2026

Malaysia-Ireland kukuh kerjasama dalam bidang agromakanan

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

MALAYSIA dan Ireland berhasrat mengukuhkan kerjasama dalam bidang perdagangan agromakanan.

Perkara itu dinyatakan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu menerusi hantaran di Facebook beliau.

Beliau berkata, pengukuhkan kerjasama tersebut seperti dalam bidang pertanian, perikanan dan ternakan bagi meningkatkan tahap sekuriti makanan di kedua-dua negara.

Menurutnya perkara itu antara dibincangkan ketika menerima kunjungan hormat Menteri Pertanian Ireland, Martin Heydon di Menara Pertubuhan Peladang Kebangsaan (LPP), Kuala Lumpur semalam.

“Turut dibincangkan, adalah bagaimana untuk mengembang dan merangsang lagi pelaburan serta perdagangan di antara Malaysia dan Ireland.

“Kerjasama strategik perlu diperluaskan lagi dengan menarik pelabur yang berminat supaya akhirnya akan memberi manfaat kepada keterjaminan makanan di kedua-dua negara,”katanya. – Edisi 9

Terkini

AMH desak menteri, timbalan menteri BN letak jawatan

SEMUA menteri dan timbalan menteri dari Barisan Nasional (BN) didesak meletakkan jawatan masing-masing susulan tindakan parti itu yang secara...

Lagi Artikel Berkaitan