31.3 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

KPKT perlu lihat isu penyelenggaraan flat daif, uzur

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

KEMENTERIAN Pembangunan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) perlu melihat isu penyelenggaraan flat-flat awam yang daif dan uzur.

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, dalam masa yang sama, pihak KPKT perlu melihat dan menilai semula undang-undang serta bidang kuasa Pesuruhjaya Bangunan (COB) PBT dan Jawatankuasa Penduduk (JMB) terhadap pengurusan penyelenggaraan flat dan pangsapuri.

“Hal ini kerana kuasa COB PBT pada masa kini hanyalah memantau JMB dan tiada kuasa untuk menyita unit kediaman yang tidak membuat bayaran yuran penyelenggaraan.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri mencadangkan kepada pihak KPKT supaya kuasa diberikan kepada COB PBT sama seperti kuasa sedia ada yang boleh menyita unit yang tidak menjelaskan bayaran cukai harta atau cukai pintu PBT,”katanya menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.

Onn Hafiz berkata, sebagai contoh, Program Perumahan Rakyat Kempas, Denai kini sudah berwajah baru selepas kerja-kerja baik pulih berjaya dilaksanakan.

“Ia meliputi kerja-kerja pembersihan di sekitar bangunan, mengecat semula bangunan lama serta penggantian 21 unit lif baru bagi tujuan keselamatan dan keselesaan penduduk,”katanya.

Advertisements

Dalam pada itu, katanya, beliau bersetuju dengan pandangan dan cadangan Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Mohd Jafni Md Shukor dan ADUN Skudai, Marina Ibrahim agar penyelesaian bersepadu dapat dilaksanakan segera.

“Ini kerana masih banyak flat-flat lama dan usang yang tidak diselenggara dengan baik.

“Ada flat yang mengalami kerosakan teruk dan akhirnya mengakibatkan beberapa penghuni kediaman tersebut dipindahkan atas faktor keselamatan.

“Banyak juga flat yang tidak menjaga kebersihan di kawasan sekitar sehingga mencacatkan pemandangan kawasan perumahan,”katanya.

Berikutan itu, beliau berharap agar isu ini dipandang serius dan segala cadangan yang dikemukakan dapat dipertimbangkan oleh pihak kementerian demi menjaga keselamatan, kemudahan dan keperluan rakyat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Penjawat awam bakal nikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus – PM

PENJAWAT awam bakal menikmati kenaikan gaji lebih 13 peratus bermula Disember ini, iaitu kadar tertinggi dalam sejarah perkhidmatan awam...

Lagi Artikel Berkaitan