34.5 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

China memiliki penghutang lebih RM4.6 trilion dalam inisiatif BRI

Mesti Baca

CHINA memberi hutang lebih daripada AS$1 trilion (RM4.6 trilion) melalui projek inisiatif Belt and Road (BRI), menjadikannya pemungut hutang terbesar di dunia, menurut satu laporan minggu ini.

Beijing berkata, lebih daripada 150 negara yang menjangkau dari Uruguay hingga Sri Lanka sudah mendaftar dengan BRI, susulan dorongan infrastruktur global yang luas diumumkan oleh Presiden, Xi Jinping sedekad lalu.

Dekad pertama inisiatif itu menyaksikan China mengagihkan pinjaman besar untuk membiayai pembinaan jambatan, pelabuhan dan lebuh raya di negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh sebuah institut penyelidikan yang menjejaki kewangan pembangunan di Virginia’s College of William and Mary, AidData, lebih separuh daripada pinjaman itu kini memasuki tempoh pembayaran balik pokok.

Angka itu dijangka mencecah 75 peratus menjelang akhir dekad ini.

AidData berkata, Beijing kini memberikan bantuan dan kredit sekitar AS$80 bilion (RM373 bilion) setahun kepada negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Dalam masa yang sama, Amerika Syarikat (AS) juga menyediakan AS$60 bilion (RM280 bilion) kepada negara terbabit selama setahun.

“Beijing sedang mengemudi peranan sebagai pemungut hutang rasmi terbesar di dunia.

Advertisements

“Jumlah hutang tertunggak termasuk prinsipal tetapi tidak termasuk faedah daripada peminjam di negara membangun ke China adalah sekurang-kurangnya AS$1.1 trilion (RM5M1 trilion),” kata AidData.

AidData menganggarkan bahawa 80 peratus daripada portfolio pinjaman luar negara China di negara membangun sedang menyokong negara-negara yang mengalami masalah kewangan.

Bagaimanapun, AidData berkata, China dalam beberapa tahun kebelakangan ini mengalami kerosakan reputasi dalam kalangan negara membangun, dengan penarafan kelulusannya jatuh daripada 56 peratus pada 2019 kepada 40 peratus pada 2021.

Justeru, Beijing sedang berusaha untuk mengurangkan risiko BRI dengan membawa amalan pemberian pinjamannya lebih sejajar dengan piawaian antarabangsa.

Dalam masa yang sama, Beijing juga menggunakan kaedah perlindungan ketat untuk melindungi dirinya daripada risiko tidak dibayar balik.

Pada sidang kemuncak besar di Beijing bulan lalu bagi menandakan ulang tahun ke 10 projek itu, Jinping berkata, China akan menyuntik lebih AS$100 bilion (RM467 bilion) dana baharu ke dalam BRI.

Namun, laporan bersama tahun ini oleh Bank Dunia dan institusi lain, termasuk AidData, berkata Beijing dipaksa untuk menyerahkan berbilion dolar dalam bentuk pinjaman penyelamat kepada negara BRI dalam beberapa tahun kebelakangan ini. -Agensi

Advertisements

Terkini

Rondaan Maritim Malaysia jadikan perairan negara lebih selamat

PENINGKATAN penguatkuasaan dan rondaan yang dilaksanakan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menjaga keselamatan perairan negara telah menjadikan...

Lagi Artikel Berkaitan