27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Wan Saiful dituduh lagi di mahkamah esok

Mesti Baca

AHLI Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Wan Saiful Wan Jan akan berdepan pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLA) esok.

Bekas Ketua Penerangan Bersatu itu berkata, beliau diminta hadir ke Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 8.30 pagi esok.

“Dikatakan bahawa ada pertuduhan-pertuduhan baru yang akan dikenakan di bawah AMLA. Butiran pertuduhan masih belum jelas setakat ini.

“Saya akan hadir untuk mempertahankan diri dan saya yakin mahkamah adalah tempat terbaik untuk saya mendapatkan keadilan,” katanya dalam kenyataan di Facebook.

Sebelum ini Wan Saiful turut mempunyai kes mahkamah yang sedang berjalan membabitkan dua pertuduhan rasuah berkaitan program Jana Wibawa.

Jana Wibawa atau Program Jana Ekonomi Pemerkasaan Kontraktor Bumiputera Berwibawa adalah program perangsang untuk kontraktor bumiputera susulan Covid-19.

Advertisements

Pentadbiran Muhyiddin Yassin memperkenalkan program itu pada November 2020.

Pada 21 Februari, Wan Saiful minta dibicarakan atas dua pertuduhan itu, pertama kerana meminta rasuah dalam jumlah yang tidak ditentukan dan kedua kerana menerima rasuah RM6.96 juta antara 8 Julai 2022 dan 30 September 2022.

Wan Saiful dituduh meminta rasuah daripada individu bernama Lian Tan Chuan sebagai dorongan untuk membantu Nepturis Sdn Bhd mendapatkan projek Central Spine Road: Sertik Ke Persimpangan Lebuh Raya Pantai Timur daripada kerajaan Persekutuan. Projek itu sepatutnya bernilai RM232 juta.

Pertuduhan kedua pula, Wan Saiful menerima, melalui syarikatnya WSA Advisory Group Sdn Bhd, wang RM6.96 juta daripada Nepturis sebagai dorongan untuk membantunya mendapatkan surat anugerah bagi projek yang sama.

Beliau berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan