32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Wajarkah perkhidmatan awam disusun semula?

Mesti Baca

Editor Edisi 9
Editor Edisi 9
Editor Edisi 9

SANGAT menarik jika diulas artikel Malaysiakini (dibaca pada 3 Oktober 2023) yang bertajuk, Civil service needs revamp.

Kata kunci ialah “terima fakta dan angka dan laksanakan secara gradual mulai sekarang (Accept facts and figures and implement gradual changes now)”.

Ada isu mengenai, defusing the civil service time bomb yang membawa makna cabut peledak bom waktu perkhidmatan awam.

Lim Teck Ghee, mantan pegawai kanan di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan Bank Dunia memilih untuk mengemukakan beberapa kekurangan sistem kerajaan kita.

Beliau berpendapat bahawa sistem pencen kita ialah warisan daripada penjajah dan sudah lapok tetapi jika kita membaik pulih (overhaul) sistem yang ada akan mengakibatkan kesan sampingan yang keterlaluan.

Kita akan hadapi cabaran yang cukup berat daripada sistem undang-undang Malaysia (kehakiman).

Kita perlu ingat bahwa sistem pencen ini bukan sahaja membantu penerima pencen tetapi juga membantu penerima pencen terbitan (isteri atau anak) apabila pesara meninggal dunia sehinggalah tiada lagi penerima yang layak.

Laksana “buah rendah yang mudah dicapai” sistem yang ada tidak boleh diketepikan begitu sahaja.

Sebarang perubahan mestilah dimulai daripada pejawat awam baharu tanpa melibatkan mereka yang sudah menerima pencen.

Sebagai contoh paling baik penjawat awam yang baharu dilantik diberikan sistem Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), bukan sistem pencen seperti mana yang ada sekarang.

Penulis artikel Malaysiakini itu berpendapat perkhidmatan awam dilihat sebagai dimiliki oleh hanya satu kaum sahaja dan setiap kerajaan baharu akan memanjakan mereka kerana mereka ialah bank undi.

Sebab itu kita lihat Cuepacs selalu meminta kenaikan gaji sebagai kuasa penawaran.

Advertisements

Malah penulis berkenaan memperhatikan hal yang tidak disukai oleh pelawat (atau touris) ialah sambutan yang tidak mesra (bersahabat) di kaunter imigresen. Ini memberikan satu imej buruk terhadap negara.

Penulis itu juga mengimbau keterlibatan beliau dalam perkhidmatan awam yang sangat menyakitkan hati.

Sikap pihak atasan yang bekerja sambil lewa, bukan berbuat yang terbaik untuk pelanggan. Kenaikan pangkat pun diukur berapa dekat seseorang dengan ketua.

Dalam dunia moden ini baik dalam sektor swasta atau juga awam, kerajaan perlu melabur dalam penyediaan fasiliti teknologi baharu bagi mengurangkan ketergantungan kepada tenaga kerja yang ramai.

Dengan demikian kerajaan dapat mengurangkan tenaga kerja dalam sektor awam dan sekaligus mengurangkan kos.

Saya sendiri pun menyukai sistem pencen kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi pada masa hadapan.

Sekurang-kurangnya ada payung ketika hujan, tetapi jika hujan sangat lebat kita pun basah juga.

Cuma kita perlu ubah sikap para pejawat awam agar mengutamakan rakyat supaya rakyat tidak susah ketika berurusan di kaunter.

Lagi pun para pejawat awam perlu berkhidmat kepada rakyat bukan mengutamakan diri sendiri atau keluarga.

Apa yang perlu kerajaan buat ialah memperkemaskan perkhidmatan awam agar fungsi mereka tidak bertindih dan merugikan sumber kerajaan.

Memanglah perkhidmatan awam dimonopoli oleh orang Melayu kerana secara demografi penduduk Melayu adalah golongan majoriti, dan rata-rata orang Melayu tidak berminat untuk berniaga yang risikonya tinggi.

Semoga apa yang kita lakukan ialah kerana Allah SWT dan Ikhlas dalam bekerja agar kita mendapat pahala amal soleh yang Allah janjikan.

(Nota: Terjemahan bebas daripada laporan Malaysiakini dan diberikan sedikit penyedap rasa sesuai dengan minat penulis.)


Penulis adalah mantan Profesor Madya di Universiti Sains Islam Malaysia dan aktif dalam penulisan.
Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan