30.9 C
Kuala Lumpur
Monday, May 13, 2024

Royal Alloy X Masdo, perkenal Skuter Dinda edisi terhad

Mesti Baca

SEBUAH jentera skuter klasik dengan teknologi moden, sebuah kugiran yang berjaya memecah belahkan paksi dan minat muzik retro dalam dunia masa kini buat julung kalinya berkolaborasi.

Sudah tentu kolaborasi Royal Alloy, jenama dari United Kingdom dengan kugiran Masdo yang sudah menebarkan harum seni mereka ke seluruh Nusantara ini adalah satu usaha mantap, bergaya dan mampan.

Gabungan Royal Alloy dan Kugiran Masdo ini kemudian menjadi intepretasi kepada kuasa tarikan di antara retro dan moden yang menambah gaya kehidupan masa kini dan tentu sekali bakal menjadi nostalgia yang tidak akan mati.

Wakil Royal Alloy Malaysia Dato Nik Izani Nik Ibrahim berkata, menjadi sebuah kejayaan apabila Royal Alloy Malaysia dapat menjalinkan kolaborasi dengan band muzik yang sangat berbakat besar, popular dan cukup diminati bukan hanya di Malaysia tetapi sehingga ke Singapura, Indonesia dan Brunei.

“Buat Royal Alloy Malaysia, pemilihan Kugiran Masdo sebagai ‘iklan bergerak’ kami adalah selaras dengan jentera skuter yang bergaya klasik tetapi  berteknologi moden.

“Sementara Masdo pula adalah pemuzik generasi kini yang moden tetapi membangkitkan keghairahan terhadap karya-karya bernuansa retro.

“Kolaborasi Royal Alloy X Masdo ini akan mencipta nostalgia sama seperti berdekadnya penjenamaan jentera kami menemani kehidupan penggunanya,” katanya.

Nik Izani berkata, Royal Alloy X Masdo akan mencipta gelombang baharu dalam pengguna jentera skuter.

“Jika skuter mungkin pernah popular pada satu-satu era dan dianggap digunakan oleh segelintir golongan, menerusi kolaborasi Royal Alloy X Masdo kami mahu mencipta gelombang dengan melihat lebih banyak generasi muda menunggang skuter di jalan raya,” katanya lagi.

Advertisements

Bagi Masdo yang dianggotai oleh Ali Sariah, Putuceri dan Asmawi lamaran berkolaborasi dengan jenama jentera skuter yang tersohor ini sebagai sebuah pengiktirafan buat mereka sejak terbabit dalam dunia seni pada 2015.

Kolaborasi Royal Alloy X Masdo menjadi lambang selain bakat dan mutu muzik yang diketengahkan, imej retro diperkenalkan kugiran terbabit kepada umum membuat penjenamaan mereka kuat.

“Menerima lamaran Royal Alloy Malaysia untuk projek atau kolaborasi ini ibarat bulan jatuh ke riba dan membuat Masdo mahu terus ‘Bercanda Di Malam Yang Indah’.

“Ia adalah sebuah penghormatan buat Masdo menjalin kerjasama dengan jenama yang sudah dikenali sejak berdekad lamanya.

“Kami berharap Royal Alloy X Masdo akan mencapai matlamat seperti yang diinginkan.

“Mari kita menikmati hidup dalam aroma retro tetapi moden sama seperti Royal Alloy dan Masdo,” kata Ali Sariah.

Menerusi kolaborasi yang telah dimerterai, Royal Alloy X Masdo keluar dengan skuter edisi khas terhad yang diberi julukan Dinda bersempena dengan judul salah satu hit popular kugiran terbabit.

Syarikat Mofaz Motosikal Sdn Bhd yang ditubuhkan sejak 1980 kini menjadi pengedar tunggal Royal Alloy di Malaysia. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Semua IPM akan dibudayakan dengan Hadis 40 Imam Nawawi

KESEMUA institusi pendidikan MARA (IPM) dicadang membudayakan Hadis 40 Imam Nawawi sebagai usaha melahirkan generasi ulul-albab muda Islam, cerdik...

Lagi Artikel Berkaitan