27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Kenyataan ‘alarmist’ PM diancam pelik dan lucu

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PAS mendapati kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau dikatakan ‘diancam: berikutan kritikannya terhadap kerajaan Israel dalam isu perang di Gaza sebagai pelik, malah melucukan,”kata Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Ia selepas Perdana Menteri membuat dakwaan tersebut dalam himpunan solidariti bersama rakyat Palestin beberapa hari lepas dengan berkata ancaman tersebut diterimanya dalam bentuk ‘kenyataan-kenyataan’ yang dibuat oleh Ahli Parlimen negara-negara Eropah.

Beliau berkata, malangnya apabila didesak oleh media supaya menjelaskan dakwaan itu, Anwar enggan berbuat demikian, sebaliknya berkata kerajaan akan mengeluarkan kenyataan media mengenainya.

“Pendirian tegas Malaysia menyokong perjuangan rakyat Palestin dan mengkritik Israel sudah diketahui umum dan bukanlah berita baharu.

“Perdana Menteri terdahulu, baik Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahupun Datuk Seri Ismail Sabri diketahui sangat lantang dalam isu ini, namun tiada pula mereka dilaporkan ‘diancam’ berkait ketegasan dan kelantangan itu.

“Malah Malaysia juga mempunyai hubungan rasmi dengan kerajaan Palestin dan juga Hamas di bawah kepimpinan sebelum ini,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Persoalannya, beliau berkata, kenapa pula Anwar tiba-tiba ‘diancam’ dan ancaman itu pula adalah dalam bentuk ‘kenyataan-kenyataan’ yang dibuat oleh Ahli-ahli Parlimen.

“Sekiranya ‘ancaman’ yang dimaksudkan itu benar-benar wujud dan berlaku, bukankah sebagai ketua kerajaan, langkah wajar yang perlu diambil oleh Perdana Menteri ialah dengan memanggil duta atau wakil negara terbabit bagi menyampaikan bantahan Malaysia terhadapnya, bukan membuat kenyataan terbuka tanpa penjelasan mengenainya,”katanya.

Jelasnya, PAS percaya kenyataan ‘alarmist’ sebegini yang bertujuan untuk menonjolkan kehebatan dan kepentingan Perdana Menteri sudah menjadi ciri kekal pentadbirannya yang sehingga kini masih terkial-kial dalam mendapatkan sokongan dan kepercayaan awam.

Lebih malang lagi, katanya, dakwaan itu dibuat dalam acara yang sepatutnya didedikasikan sepenuhnya kepada perjuangan rakyat Palestin, bukan menunggangnya untuk menunjukkan kehebatan seseorang pemimpin.

“Selain itu ia juga boleh pula menimbulkan imej tidak positif terhadap negara kerana Perdana Menteri membuat ‘dakwaan rambang dan khayalan’ sedemikian,”katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan