26.6 C
Kuala Lumpur
Wednesday, May 1, 2024

PM hargai pengorbanan warga Perbendaharaan, sifatkan luar biasa

Sedia berkorban dan bertungkus lumus menyiapkan laporan ekonomi, fiskal dan Belanjawan 2024

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan terima kasih kepada warga Perbendaharaan kerana berkorban bagi menyiapkan laporan ekonomi, fiskal dan Belanjawan 2024.

Dalam masa sama, beliau turut menghargai menyatakan penghargaan terhadap semua warga kerja yang terlibat kerana tanpa kekuatan dan kerjasama tidak mungkin laporan dapat diselesaikan.

“Alhamdulillah, saya ucap terima kasih kepada jentera Perbendaharaan ini, luar biasa kerja dengan tekun.

“Ada yang tidak balik rumah, ayah sakit pun tangguh sekejap, hari lahir anak pun tak dapat diadakan acara. Jadi itu tahap pengorbanan staf untuk siapkan laporan ekonomi, fiskal dan belanjawan.

“Jadi, tidak akan ada kekuatan itu, pencapaian itu tanpa kerjasama seluruh keluarga Perbendaharaan termasuk pasukan keselamatan,” kata Anwar yang juga Menteri Kewangan kepada media selepas meninjau persiapan akhir Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan (MoF), Putrajaya.

Advertisements

Anwar tiba di MoF pada kira-kira 12.50 tengah hari dan disambut oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali; dua Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan dan Steven Sim Chee Keong serta Ketua Setiausaha Perbendaharaan Datuk Johan Mahmood Merican.

Perdana Menteri kemudian bergambar bersama-sama warga kerja MoF yang terlibat dalam penyediaan Belanjawan 2024 sebelum menandatangani dokumen berkaitan Belanjawan 2024 yang akan dibentangkan di Parlimen esok.

Sementara itu, ditanya sama ada Belanjawan 2024 bakal menggembirakan rakyat, beliau berkata: “Ini tanggungjawab bersama.”

Anwar sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pendidikan akan terus mendapat peruntukan terbesar dalam Belanjawan 2024.— BERNAMA

Advertisements

Terkini

Kupang PD masih belum selamat dimakan, 81 penternak terjejas

KUPANG dari perairan Port Dickson, Negeri Sembilan masih belum selamat dimakan kerana masih menunjukkkan kandungan biotoksin yang tinggi. Jabatan Perikanan...

Lagi Artikel Berkaitan