26.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

Pemandu Mitsubishi rentung terbabas, langgar penunggang motosikal

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SEORANG pemandu kereta jenis Mitsubishi ditemui rentung, manakala penunggang motosikal cedera dalam kemalangan yang berlaku membabitkan dua kenderaan di Kilometer 290.5, Lebuhraya Utara Selatan arah Utara, Kajang di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan itu pada pukul 2:16 petang tadi.

“Seramai empat anggota keluaran Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi terus bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat.

“Setiba di lokasi, pihak bomba mendapati sebuah kereta jenis Mitsubishi Lancer terbakar 90 peratus akibat terbabas sebelum berlanggar dengan sebuah motosikal jenis Honda RS.

Advertisements

“Seorang mangsa ditemui rentung di dalam kereta manakala pemandu motosikal mengalami cedera di bahagian kepala dan tangan kanan.

“Mangsa yang cedera telah di hantar ke Hospital Serdang menggunakan jentera EMRS,”katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menurut beliau, identiti mangsa yang maut terbakar di dalam kereta tersebut masih belum dikenalpasti. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Selepas Akhyar disamun, Faisal Halim pula disimbah asid

BARU beberapa hari lepas pemain bola sepak kebangsaan, Akhyar Rashid diserang dan disamun di Kuala Terengganu, hari ini Faisal...

Lagi Artikel Berkaitan