27.7 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 5, 2024

PM bentang Belanjawan 2024 Malaysia MADANI petang ini

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia Madani di Dewan Rakyat, petang ini.

Ia merupakan belanjawan kedua dibentangkan di bawah Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar, yang juga Menteri Kewangan.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, beliau akan membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI di Dewan Rakyat pada jam 4 petang ini.

Advertisements

“Moga inti pati pembentangan ini dapat membimbing ekonomi kita ke tahap lebih baik dalam berdepan tantangan global masa kini selain menyokong agenda pembangunan dan kebajikan negara, Insya-Allah,”katanya.

Semalam, Anwar meluangkan masa di Hari Tinjauan Belanjawan 2024 bagi persiapan terakhir Belanjawan 2024 di Kementerian Kewangan.

Pembentangan Belanjawan 2024 akan disiarkan secara langsung menerusi stesen-stesen televisyen tempatan dan media sosial pada 4 petang ini.- Edisi 9

Advertisements

Terkini

USANITA pilih Awal Ashaari sebagai wajah untuk 2024

ATAS komitmen terbaik yang diberikan dalam memberikan kerjasama terhadap pelbagai program yang dijayakan oleh Usanita Sdn Bhd (USANITA), pelakon...

Lagi Artikel Berkaitan