30.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

MOTAC cadang lancar pakej pelancongan mesra Muslim

Mesti Baca

KERAJAAN bercadang melancarkan pakej Pelancongan Mesra Muslim pada awal bulan depan bagi menarik lebih ramai pelancong Muslim ke negara ini khususnya dari Timur Tengah dan China yang mempunyai demografi penduduk Islam yang besar.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing, berkata pihaknya dan Pusat Pelancongan Islam (ITC) akan membuat perancangan segera berhubung perkara itu serta yakin langkah ini mampu dicapai melalui Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia (Tourism Malaysia) yang melakukan pemasaran di Asia, Timur Tengah dan Eropah.

“MOTAC juga memohon pihak yang terbabit mengadakan kursus dan latihan bulan ini menyasarkan pembabitan sekurang-kurangnya 200 peserta untuk mendapatkan sijil berkaitan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, kursus itu bertujuan memberi pendedahan kepada pemain industri mengenai pasaran pelancongan Muslim yang memerlukan perhatian dalam menentukan pakej bersesuaian dan kompetitif untuk dijual di pasaran berkaitan.

Advertisements

Katanya, MOTAC juga bersedia menjalin kerjasama bagi membangunkan pakej mewah yang kreatif serta menarik seperti pelancongan golf dan perubatan.

Terdahulu, Tiong mengadakan pertemuan antaranya dengan Persatuan Penggalakan Pelancongan Inbound Cina Malaysia (MICA), Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) serta Persatuan Pelancongan Domestik Malaysia (MITA).

Pada pertemuan itu, beberapa perkara dibincangkan termasuk kaedah memperhebat promosi di peringkat antarabangsa, membangunkan pasaran mesra Muslim, mewujudkan konsensus industri serta memberikan subsidi dan bantuan kepada pengusaha pelancongan. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan