Tuesday, July 21, 2026

Pakar ekonomi perlu ganding bahu bina Ekonomi Madani

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

PAKAR-PAKAR ekonomi dan syarikat besar diperlukan untuk bersama berganding bahu dalam membina Ekonomi Madani yang saksama dan utuh.

Perkara itu diungkapkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis penutup Forum Megatrend Khazanah 2023 petang semalam.

Jelas Anwar, dasar-dasar yang dibentuk berdasarkan kerangka Ekonomi Madani adalah untuk memudahkan urusniaga dan merobohkan dinding birokrasi.

“Justeru, saya berharap sektor korporat dapat memanfaatkan penambahbaikan tatakelola ini dengan merancakkan lagi ekonomi negara dan mensejahterakan kehidupan rakyat,” katanya.

Beliau berkata, pemerkasaan rakyat dapat dijayakan dengan mengurangkan kesenjangan kekayaan serta meningkatkan peratusan pendapatan pekerja dalam ekonomi Malaysia.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan juga menyeru pihak korporat untuk bekerjasama menoktahkan kemiskinan di negara,”katanya menerusi kenyataan di Facebook beliau.

Dalam masa sama, menjadi harapan beliau agar delegasi-delegasi di Khazanah Megatrends Forum 2023 dapat membuahkan ilham untuk merealisasikan Ekonomi MADANI yang lebih saksama dan adil.

“Pelantar-pelantar seperti ini memberi peluang kepada pakar-pakar untuk bertafakur dan berbincang bersama-sama mencari jalan untuk membangunkan Malaysia,”katanya. – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan