27.4 C
Kuala Lumpur
Tuesday, April 30, 2024

Sindiket pemalsuan dokumen pinjaman bank tumpas

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

SINDIKET pemalsuan dokumen yang menawarkan perkhidmatan bagi mendapatkan pinjaman kewangan dengan pihak bank berjaya ditumpaskan polis dengan menahan 10 individu dalam serbuan dilakukan di sebuah premis yang beralamat di Jalan Gombak, Setapak.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superitendan Ashari Abu Samah berkata, serbuan berkenaan dibuat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Komersil, Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju bersama-sama Jabatan Siasatan Jenayah Komersil  Kuala Lumpur hasil maklumat yang diterima.

“Seramai 10 individu warga tempatan berusia antara 21 hingga 36 tahun telah berjaya ditangkap.

“Polis turut dirampas tiga set komputer, (77) keping kad ATM pelbagai bank, (10) unit telefon bimbit, (43) cop getah atas nama pelbagai syarikat dan beberapa pukal dokumen bank, SSM, CTOS dan penyata gaji atasnama pelanggan yang disyaki digunakan dalam menjalankan kegiatan pemalsuan dokumen,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Ashari berkata, siasatan awal mendapati, ahli sindiket terbabit menawarkan melalui laman sosial perkhidmatan kepada individu yang ingin mendapatkan pinjaman wang dari institusi bank tempatan dengan memalsukan dokumen untuk dikemukakan kepada pihak bank.

Advertisements

Ujarnya, sindiket terbabit telah beroperasi selama empat tahun di sekitar Kuala Lumpur.

“Berikutan itu, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan adan kesemua tangkapan ditahan reman untuk siasatan lanjut.

Dalam pada itu, Ashari menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan tawaran dari mana-mana pihak yang tidak dikenali.

Maklumat berkenaan sindiket penipuan melalui National Scam Response Center (NSRC) di talian 997, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2146 0584/0585, CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559/1599, Whatsapp CCID Infoline di talian 013-2111 222 atau mana-mana balai polis yang berdekatan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Mahkamah lulus permohonan bekas kakitangan Utusan Melayu

SELEPAS hampir lima tahun tiada sebarang berita mengembirakan buat bekas kakitangan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang ditamatkan perkhidmatan selepas...

Lagi Artikel Berkaitan