32.5 C
Kuala Lumpur
Monday, May 6, 2024

Naib Canselor UTM terima Hadiah Mustafa

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

NAIB Canselor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) memahat sejarah tersendiri apabila menjadi rakyat Malaysia pertama menerima anugerah Hadiah Mustafa 2023.

UTM menerusi kenyataan hari ini berkata, penganugerahan itu meletakkan beliau sebaris dengan cendekiawan terkemuka termasuk Prof. Samia J. Khoury dari Lebanon dan Prof. Murat Uysal (Turkiye) dalam kategori cendekiawan Islam.

Ini kerana katanya, anugerah dwitahunan berprestij bagi meraikan pencapaian luar biasa cendekiawan dan saintis Muslim yang dianjurkan sejak 2015.

“Penyelidikan lebih sekadar satu kerjaya, ia adalah minat yang mendalam. Keterujaan menemukan sesuatu yang baharu, pencarian ilmu, sikap ingin tahu yang tidak pernah padam menjadikan saya terus bersemangat.

Advertisements

“Penghargaan saya kepada alma mater, UTM di mana saya diberikan kepercayaan sebagai Naib Canselor. Saya juga dedikasi (anugerah ini) kepada pasukan di Pusat Penyelidikan Teknologi Membran Termaju (Amtec) dan Fakulti Kejuruteraan Tenaga dan Kimia.

“Saya juga terhutang budi kepada Kementerian Pendidikan Tinggi; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dan Kementerian Pendidikan atas peluang dan sokongan sepanjang pengajian dan kajian,” katanya dalam ucapan penerimaannya, malam tadi.

Anugerah dwitahunan, Hadiah Mustafa mengiktiraf saintis Muslim dalam empat kategori iaitu sains dan teknologi informasi dan komunikasi; sains dan teknologi hayat dan perubatan; nanosains dan nanoteknologi; serta semua bidang sains dan teknologi.

Majlis anugerah itu di Isfahan, Iran, menampilkan Presiden Iran, Ebrahim Raisi dan 150 ahli akademik dan saintis terkemuka dunia Islam. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Akibat tindakan bodoh, Harimau Malaya hilang pemain tonggak

AKIBAT tindakan bodoh oleh individu tertentu, skuad kebangsaan kehilangan pemain tonggak bagi mengharungi Kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027,...

Lagi Artikel Berkaitan