27.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Majlis Raja-Raja kecam kekejaman rejim Zionis terhadap Pelestin

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

MAJLIS Raja-Raja sepakat mengecam sekeras-kerasnya sebarang bentuk
keganasan, penindasan dan kezaliman rejim Zionis Israel terhadap rakyat Palestin yang melibatkan kematian kaum wanita dan kanak-kanak.

Penyimpan Mohon Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad berkata, Majlis Raja-Raja menzahirkan dukacita dan gusar dengan perkembangan terkini di Palestin.

Katanya, ini apatah lagi kuasa-kuasa besar dunia masih belum lagi mencapai kata sepakat dalam mencari ialan penyelesaian bagi menghentikan konflik tersebut.

“Sehubungan itu, Majlis Raja-Raja menggesa kerajaan untuk terus bersuara membela rakyat Palestin dan membantah penindasan serta kezaliman rejim Zionis di pentas antarabangsa atas tanggungjawab kemanusiaan dan agama.

“Majlis Raja-Raja menyokong dan berpegang teguh dengan pendirian kerajaan bahawa rakyat Palestin perlu dikembalikan hak mutlak bebas daripada pendudukan haram Israel.

“Hak dikembalikan tanah yang dirampas dan hak membentuk sebuah negara yang merdeka dan berdaulat dengan Baitulmagdis Timur sebagai ibu negara serta Masjid Al-Aqsa akan kekal sebagai tempat ibadah umat islam,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Advertisements

Kenyataan itu dikeluarkan selepas sesi Pra-Mesyuarat Majlis Raja-Raja yang ke 262 di Istana Negara, hari ini.

Sementara itu, Syed Danial berkata, Majlis Raja-Raja turut menggesa kerajaan mengambil inisiatif dan langkah proaktif di pentas antarabangsa bagi mencari ialan penyelesian konflik Palestin-Israel.

Katanya, Majlis Raja-Raja menyeru rakyat supaya terus bersolidariti bersama rakyat Palestin dan menghulurkan sebarang bentuk bantuan kemanusiaan bagi meringankan beban dan penderitaan mereka.

“Majlis Raja-Raja turut menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan agama untuk bersama berdoa mengikut pegangan kepercayaan masing-masing.

“Ini agar konflik Palestin-Israel terbaharu dapat dihentikan dengan segera serta rakyat Palestin dilindungi dan tanah air mereka dibebaskan daripada penjajahan dan penindasan rejim Zionis Israel.

“Masjid dan surau di negara ini serta rakyat beragama Islam di kediaman sendiri diseru untuk terus mengadakan solat hajat dan doa selamat bagi memohon ihsan daripada Allah untuk memelihara kesejahteraan rakyat Palestin,” katanya. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Kempen dengan idea, hujah bukan hina pihak lawan – Akmal

KETUA Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh mahukan agar para pemimpin dan penyokong Perikatan Nasional (PN) berkempen secara sihat dan...

Lagi Artikel Berkaitan