26.6 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 7, 2024

Letupan di LPP, kakitangan terpaksa keluar dari bangunan

Mesti Baca

KAKITANGAN Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) terpaksa keluar dari bangunan yang terletak di Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur berikutan dipercayai berlaku letupan di tingkat lima bangunan berkenaan.

Turut berada di lokasi kejadian ketika itu ialah Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau sepatutnya menyertai sesi libat urus bersama media yang dijadualkan kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Satu jentera bomba telah tiba dilokasi kejadian bagi memeriksa keadaan.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II Rusdi Ismail berkata, kebakaran kabel bawah tanah dipercayai menjadi punca suasana di bangunan LPP di Jalan Sultan Salahuddin itu dikejutkan dengan bunyi letupan.

Beliau berkata, pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada jam 2 petang.

Advertisements

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dengan kekuatan tujuh anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba yang tiba di lokasi kejadian pada jam 2.09 petang kemudiannya menerima makluman awam berkaitan letupan di dalam bilik elektrik di salah satu tingkat di bangunan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, pemeriksaan kemudian dijalankan bagi mengenal pasti punca awal kejadian.

“Hasil pemeriksaan anggota bomba bersama juruelektrik bangunan mendapati letupan berpunca daripada kebakaran kabel dibawah tanah.

“Kebakaran bagaimanapun tidak membabitkan struktur bangunan dan juga mangsa di lokasi kejadian,” katanya. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

MASA, IDS jalin kerjasama bidang penyelidikan, masyarakat

INSTITUT Kajian Pembangunan (Sabah) IDS dan Institut Masa Depan Malaysia (MASA), hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bertujuan menjalin...

Lagi Artikel Berkaitan