26.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, May 12, 2024

Perjalanan udara kembali ke paras pra-pandemik tahun depan

Mesti Baca

PERJALANAN udara bagi tujuan perniagaan dan riadah dijangka terus pulih sepanjang tahun ini, namun aktiviti bersedia untuk kembali ke paras pra-pandemik menjelang 2024.

Kenanga Research dalam nota penyelidikannya berkata, menurut Tourism Malaysia, ketibaan pelancong di Malaysia dijangka melonjak 60 peratus kepada 16 juta dalam 2023 berbanding anggaran 10 juta setahun yang lalu.

Katanya, pemacu utama ialah pelancong China yang mengikut sejarah menyumbang kepada anggaran 12 peratus daripada jumlah ketibaan pelancong di Malaysia.

“Pada 2024, kami mengunjurkan ketibaan pelancong akan berkembang lagi sebanyak 24 peratus kepada 20 juta berbanding paras pra-pandemik 26 juta.

“Ini sepatutnya menyokong pertumbuhan dalam permintaan pemprosesan penumpang Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) pada 2023,” katanya.

Advertisements

Kenanga Research menjangkakan trajektori trafik berkembang pada bulan-bulan berikutnya apabila syarikat penerbangan terus mengaktifkan semula lebih banyak pesawat untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat.

Ia berkata, memperkukuh trajektori pertumbuhan trafik ialah pergerakan pesawat yang menghala ke arah peningkatan penerbangan jarak sederhana dan jauh ke destinasi Perth, Sydney dan Auckland, Asia Tenggara dan Asia Selatan.

Lapangan Terbang Antarabangsa KL menyaksikan kembalinya Kuwait Airways selepas pemberhentian tujuh tahun, manakala dua lagi syarikat penerbangan asing iaitu KLM Royal Dutch Airlines dan All Nippon Airways, masing-masing akan meneruskan operasi penerbangan tanpa henti ke Amsterdam dan Tokyo, selepas menghentikan sementara operasi berikutan pandemik Covid-19.

Selain itu, Malaysia Airlines telah meningkatkan kekerapan penerbangannya ke Tokyo mulai November 2022, memenuhi lonjakan permintaan perjalanan selepas Jepun membuka semula sempadannya kepada pengembara antarabangsa.

Sementara itu, Kumpulan AirAsia menumpukan pada operasi jarak sederhananya dan telah meningkatkan penerbangan Malaysia AirAsia X kepada 44 kali seminggu merentasi 10 laluan mulai November 2022. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

SU Politik PM kecewa Malindo Air tutup pintu lebih awal

SETIAUSAHA Politik Kanan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin kecewa apabila pesawat Malindo Air yang mahu...

Lagi Artikel Berkaitan