32.1 C
Kuala Lumpur
Sunday, April 28, 2024

Alvin Chong tidak putus rezeki biarpun guna nama ALVN

Mesti Baca

PENYANYI dan pelakon Alvin Chong kini menjenamakan semula diri dengan nama ALVN.

Meskipun nama Alvin Chong tidak asing lagi dalam industri hiburan dan fesyen di Malaysia, penampilan nama baharu itu tidak sedikitpun menggugat karier seninya.

Malah ALVN turut dilantik sekali lagi bagi jenama terkemuka Longines buat dua tahun berturut-turut.

Dia juga telah dilamar jenama penjagaan muka berprestij La Mer baru-baru ini.

Antara pencapaian terhebat ALVN setakat tahun ini adalah apabila dia diberi peluang mewakili Malaysia di Minggu Fesyen Milan bersama Onitsuka Tiger pada Februari lalu.

ALVN juga telah berpeluang untuk menghadiri pertunjukan ikonik dari Coach di Minggu Fesyen New York sebelum menghadiri pertunjukan fesyen dari Prada, BOSS dan Onitsuka Tiger di Minggu Fesyen Milan pada bulan September berikutnya.

Advertisements

“Menjadi impian saya untuk menghadiri Minggu Fesyen di New York dan Milan yang juga titik permulaan di mana kebanyakan trend dalam industri fesyen dilahirkan.

“Saya amat berbesar hati dan terinspirasi kerana dapat menyaksikan koleksi-koleksi terkini dari Coach, Prada, BOSS dan Onitsuka Tiger secara langsung,” katanya.

Perjalanan fesyen ALVN ini bukan sahaja pencapaian peribadi, bahkan ia juga mampu mengangkat nama baik Malaysia di persada industri kreatif antarabangsa demi menjalin hubungan baik dengan jenama global gergasi dalam dunia fesyen.

“Peluang untuk mewakili Malaysia ini bukan sahaja suatu yang membanggakan, malah saya juga bersyukur kerana berpeluang untuk berjumpa dengan ahli-ahli utama industri fesyen dari serata dunia,” katanya.

Sementara itu, status ALVN sebagai ikon fesyen terbaru dan antara yang paling memberi impak besar di Asia Tenggara diperkukuhkan lagi apabila dia memenangi anugerah McM Rising Star dalam kategori Most Promising Fashion Icon 2023 di Kuala Lumpur, baru-baru ini. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Raja Permaisuri santuni keluarga mangsa nahas helikopter

RAJA Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat keluarga Pegawai Taktikal Udara Skuadron 503, Allahyarham Lefternan Komander Mohammad...

Lagi Artikel Berkaitan