27.2 C
Kuala Lumpur
Tuesday, May 14, 2024

Intai pelakon wanita, Pekin Ibrahim belasah krew produksi

Mesti Baca

PELAKON dan pengarah Pekin Ibrahim, berkongsi kejadian dia membelasah seorang krew produksi yang mengintai pelakon wanita baharu, Sara Daewoo.

Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim berkata, kejadian berlaku ketika mereka menjalani penggambaran filem seram Cerana Biduk Bu Merah pada 2018.

Katanya, dia menyedari perkara terbabit selepas dimaklumkan oleh Sara yang berada di inap desa ketika kejadian itu berlaku.

“Kejadian berlaku ketika kami menjalani penggambaran di Kuala Kangsar, Perak. Krew dan pelakon ditempatkan di dua inap desa berbeza.

“Waktu itu, saya dan kawan dalam perjalanan ke set penggambaran, manakala Sara berada di inap desa wanita.

“Sara mengadu kepada kawan saya, ada seorang krew mengintai dan merakam menggunakan telefon bimbit, berikutan itu kami patah balik ke sana.

“Apa yang membuatkan saya geram, apabila kami sampai di inap desa itu, krew berkenaan mengajak saya solat berjemaah. Siap bentangkan sejadah, seolah-olah tiada apa yang terjadi.

“Saya meminta untuk memeriksa telefon bimbit miliknya dan krew itu memberikan alasan serta cuba memadam bukti.

Advertisements

“Saya tidak dapat menahan sabar terus membelasah krew terbabit dan menghubungi pengarah, Haizul Anafer Ali.

“Krew itu dibawa ke balai polis dan Sara membuat laporan selanjutnya untuk pihak berkuasa mengambil tindakan. Dia ditahan polis untuk siasatan,” katanya.

Pekin berkata, ini adalah kejadian kali pertama dia berhadapan dengan situasi sebegini.

“Biarpun filem Cerana Biduk Bu Merah adalah filem seram, saya rasa kes ini lebih seram berbanding cerita yang kami lakonkan.

“Saya tidak sangka berhadapan dengan perkara seperti ini, sepanjang terbabit dalam bidang lakonan sejak tahun 2002, ini adalah pengalaman pertama berhadapan kes gangguan seksual.

“Saya kesal kerana krew itu melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Sudahlah dia melakukan perkara tidak bermoral, dia sempat ‘menunggang agama’ dan berpura-pura mengajak solat pula,” katanya.

Cerana Biduk Bu Merah diterbitkan oleh Goldhill Pictures yang menjalani penggambaran pada 2018 itu akhirnya bakal menemui penonton pada 12 Oktober ini.

Selain Pekin dan Sara, filem ini turut dibintangi oleh Fasha Sandha, Wan Hanafi Su, Badrul Muhayat, Pyan Kepoh dan ramai lagi. -Edisi 9

Advertisements

Terkini

Yakin Boleh mampu membentuk nasionalisme kalangan belia

Oleh MOHAMMAD RIZAN HASSAN TEMA Hari Belia Negara 2024 yang akan di sambut pada 15 Mei ialah Yakin Boleh yang...

Lagi Artikel Berkaitan