27.9 C
Kuala Lumpur
Monday, April 29, 2024

Kenapa Muhyiddin marah SPRM serbu pejabat peguam? – Puad

Mesti Baca

Sharieza Ismail
Sharieza Ismail
Wartawan Edisi 9

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi secara sinis mempersoalkan tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang marah apabila Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat peguamnya, Rosli Dahlan, semalam.

Katanya, semasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerbu rumah Datuk Seri Najib Razak dan ibunya, Tun Rahah Mohamed Noah, Muhyiddin diam.

“Sekarang, Muhyiddin marah bila SPRM serbu pejabat peguam peribadi dia Rosli Dahlan.

“Eloklah SPRM serbu pejabat Rosli Dahlan. Rakyat pun mahu tahu bagaimana Rosli Dahlan dilantik peguam 1MDB? Ada unsur kroni ke?,” soal beliau menerusi hantaran di Facebook di sini.

Pada masa sama, Mohd Puad mohon agar SPRM mendedahkan jumlah yuran (fee) yang Rosli Dahlan terima.

“Dia buat laporan polis tuduh Pusat C4 fitnah dia sumbang yuran 1MDB pada Bersatu.

Advertisements

“Dia juga buat laporan polis konon Lokman Adam fitnah dia terima yuran dari 1MDB sebanyak RM1.7 bilion.

“Namun, Rosli kata dia terima lebih rendah dari itu. Lebih rendah tu berapa? RM500 juta? RM400 juta? Dan adakah duit itu disumbang kepada Bersatu?, soal beliau lagi.

Muhyiddin dalam kenyataannya menyifatkan serbuan SPRM itu sebagai salah guna kuasa terhadap peguam yang mewakilinya.

Beliau berkata demikian pada pentas akhir ceramah mega PRK Pelangai di Dataran Purnama, Bentong.

Muhyiddin juga menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menghentikan “kezaliman” dan memfokuskan tumpuan kepada ekonomi negara serta membantu rakyat. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

Sultan Selangor ingatkan jemaah haji kekalkan disiplin diri

SULTAN Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengingatkan bakal-bakal haji dari negeri itu agar mengekalkan disiplin diri semasa berada di...

Lagi Artikel Berkaitan