Thursday, July 23, 2026

Garrido dilantik ketua jurulatih skuad B-23

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENOLONG ketua jurulatih skuad bawah 23 (B-23) negara, Juan Torres Garrido dinaikkan pangkat apabila dilantik sebagai ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan yang baharu.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi kenyataan berkata, pengendali dari Sepanyol itu bakal mengemudi skuad muda negara bagi menghadapi kejohanan Piala Asia B-23 2024 di Qatar, April depan.

Katanya, bekas kapten skuad kebangsaan, Shukor Adan turut dilantik sebagai penolong ketua jurulatih B-23 kebangsaan yang baharu bagi membantu Garrido.

“FAM yakin dan percaya, dengan latar belakang pengalaman yang dimiliki serta beliau telah setahun berada dalam sistem skuad B-23 kebangsaan, Garrido mampu mengemudi skuad ini bagi menghadapi Piala Asia B-23,” katanya hari ini.

Jawatan ketua jurulatih skuad B-23 kosong susulan keputusan E. Elavarasan untuk kembali fokus kepada tugasan asalnya sebagai penolong ketua jurulatih kebangsaan.

Garrido, 43, merupakan penolong ketua jurulatih skuad B-23 kebangsaan sejak dari September tahun lalu.

Beliau merupakan Ketua Pencari Bakat bagi FC Barcelona untuk kawasan Catalunya dari 2016 hingga 2020, sebelum beliau menjadi Ketua Bola Sepak Remaja Profesional (B-23) Granada di Sepanyol (2021-2022).

Sementara itu, FAM berkata, kredibiliti, karakter dan kebolehan Shukor, 44, diharap dapat membantu dalam memperkasakan lagi barisan pemain skuad B-23 kebangsaan.

‘Shukor bagaimanapun hanya secara rasmi akan memegang jawatan tersebut selepas kontraknya sebagai penolong jurulatih Kuala Lumpur (KL) City FC ketika ini berakhir,” katanya.

Turut menyertai barisan kejurulatih baharu skuad B-23 kebangsaan ialah Kris Yong Wai Hwang sebagai jurulatih penjaga gol; Oscar Balaguer Cabeza (jurulatih kecergasan) serta Lee Jeyoon (jurulatih analisis prestasi). – Edisi 9

Terkini

Hormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan sehingga PRU-16

SEMUA pihak diminta agar menghormati perjanjian pembentukan Kerajaan Perpaduan peringkat Persekutuan antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH)...

Lagi Artikel Berkaitan