25.8 C
Kuala Lumpur
Friday, May 3, 2024

338,000 penduduk tinggalkan kediaman di Gaza – PBB

Mesti Baca

Lebih 338,000 penduduk di Semenanjung Gaza terpaksa meninggalkan kediaman mereka.

Keadaan mendesak itu dilakukan sejak konflik antara Palestin-Israel memuncak, kata Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) pada Rabu, lapor Sputnik.

“Perpindahan besar-besaran di seluruh Semenanjung Gaza berterusan.

Advertisements

“Jumlah kumulatif penduduk yang hilang tempat tinggal meningkat sebanyak 30 peratus dalam tempoh 24 jam yang lalu, kini berjumlah 338,934,” menurut pejabat itu dalam satu kenyataan.

OCHA menambah Agensi Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin kini menempatkan sebanyak 218,597 penduduk yang hilang tempat tinggal, atau 65 peratus, di 92 sekolah.

Manakala 14,837 penduduk lain telah mencari perlindungan di 18 sekolah Pihak Berkuasa Palestin. – BERNAMA

Advertisements

Terkini

UMNO sambut baik pengumuman PM naikkan gaji 15 peratus

UMNO menyambut baik dan menyokong penuh pengumuman Perdana Menteri untuk menaikkan gaji penjawat awam sebanyak 15 peratus mulai 1...

Lagi Artikel Berkaitan