25.5 C
Kuala Lumpur
Thursday, May 16, 2024

Faudzinaim dilantik Mufti Negeri Sembilan baharu

Mesti Baca

Ahmad Shazwan Md Yusof
Ahmad Shazwan Md Yusof
Wartawan Edisi 9

PENSYARAH Pusat Kajian Usuluddin dan Falsafah, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Dr. Faudzinaim Badaruddin dilantik sebagai Mufti Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa pada 1 Oktober lalu.

Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Zafir Ibrahim berkata, pelantikan beliau sebagai Mufti Neger Sembilan kelima telah diperkenankan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir.

Katanya, beliau dilantikan bagi menggantikan Mufti Negeri Sembilan keempat, Datuk Mohd. Yusof Ahmad yang telah berkhidmat selama 13 tahun.

“Pelantikan beliau berdasarkan kelayakan dan kepakaran serta pengalaman luas beliau dalam beberapa bidang agama Islam selain merupakan seorang tokoh akademik yang aktif dalam member sumbangan kepada dunia akademia, penyelidikan, pendidikan serta pembangunan modal insan.

Advertisements
DR. FAUDZINAIM BADARUDDIN

“Antara bidang pengkhususan yang menjadi kajian beliau adalah tasawuf dan terekat, ajaran seat, perbandingan mistisisme dan kajian perbandingan agama,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Faudzinaim, 58, adalah anak kelahiran Negeri Sembilan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam, UKM dan memperoleh Ijazah Sarjana seta Doktor Falsafah daripada School of Oriental and African Studies, University of London, United Kingdom.

Selain itu, beliau juga merupakan Ahli Majlis Agama Islam Negeri Sembilan, Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Sembilan dan Anggota Jilsah Al-Turuq Al-Sufiyyah, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan. – Edisi 9

Advertisements

Terkini

KPM umum beberapa inisiatif termasuk lonjak kapasiti guru digital

KEMENTERIAN Pendidikan (KPM) hari ini mengumumkan beberapa inisiatif antaranya bagi melonjakkan kapasiti guru dalam bidang digital, kata Menteri Pendidikan,...

Lagi Artikel Berkaitan